Oleh pada 12 Jun 2017 kategori

disindir nabil dan neelofa ini kenyataan balas uqasha senrose 1

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose 

Ketika kemunculan pelakon Uqasha Senrose dalam rancangan hiburan Meletop baru-baru ini, ada sesetengah pihak mendakwa pengacara Neelofa dan Nabil Ahmad memerli aktres berkenaan.

Beberapa aksi dan kata-kata yang diberikan oleh pasangan pengacara tersebut seakan-akan cuba memancing emosi beliau berhubung kontroversinya yang lalu.

Bagaimanapun Uqasha ketika menjawab dakwaan tersebut memberitahu dia tidak mengambil peduli jika benar berlaku kejadian berkenaan.

disindir nabil dan neelofa ini kenyataan balas uqasha senrose 2

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Sejujurnya, saya tak sedar mereka (pengacara Meletop) perli saya. Jika benar perkara itu berlaku, pada saya, ia satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Buat apa nak ungkit balik perkara yang sudah lama berlaku. Saya datang untuk buat kerja bagi mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella. Apa saja perkara negatif yang berlaku, saya tolak tepi. Mereka nak cakap apapun, cakaplah. Saya tak hairan pun.

Sumber: BH Online

Malah, ada netizen yang mendakwa perasaan beliau seperti terganggu ketika ditemubual dalam program berkenaan. Jelas Uqasha, dia lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri terhadap sebarang bentuk provokasi.

disindir nabil dan neelofa ini kenyataan balas uqasha senrose 3

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Tak perlu rasanya untuk saya balas balik kenyataan yang mereka keluarkan itu.

Sumber: BH Online 

Terdahulu, Uqasha bersama pelakon Datin Zizie Ezette dan pengarah Michael Ang hadir sebagai tetamu jemputan dalam rancangan hiburan Meletop bagi mempromosikan drama terbaru mereka, Hero Seorang Cinderella. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)