Oleh pada 06 Dec 2017 kategori

isu perlekeh penyanyi tak tun tuang ini jawab neelofa

Kredit foto: ohbulan.com & Media Hiburan

Pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, menafikan dakwaan kononnya dia merendah-rendahkan penyanyi Tak Tun Tuang, Upiak Isil sewaktu menemubual penyanyi itu di rancangan hiburan Meletop.

Neelofa yang bergandingan dengan Nabil mengacarakan program mingguan itu, memohon maaf sekiranya gaya pengacaraannya dilihat kasar atau seperti berlagak.

"Jika diikutkan, ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Kami ketawa kerana dia memang seorang yang kelakar dan spontan. Saya sendiri tergelak besar apabila dia memaklumkan sudah ada 19 album, tetapi satu saja yang laku.

"Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat penyanyi dari Bukit Tinggi, Padang, itu sangat pekat, hinggakan saya sendiri terpaksa ulang soalan dan apa yang diperkatakannya berkali-kali. Saya cuba memahami apa yang dituturkan olehnya sebaik mungkin sebelum melontarkan soalan seterusnya.

"Karakter dia sendiri sangat berwarna. Saya sebagai pengacara pula cuba memberikan reaksi terbaik terhadap setiap tetamu yang diundang ke program itu. Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf," ujarnya memetik laporan portal BH Online.

Neelofa berkata, aksinya bersama Nabil dalam program itu tidak mempunyai corak tertentu, sebaliknya hanya menurut rentak dan personaliti tetamu.

"Program ini sangat santai. Saya tak perlu jadi formal dan mengikut protokol. Jadi, sebagai hos, saya mahupun Nabil cuba untuk tidak terlalu mencuba menentukan rentaknya. Kita sebaliknya cuba mengikut aliran tetamu yang diundang," kata pelakon filem Azura 2012 itu.

Terdahulu, Neelofa mendapat kecaman hebat di media sosial kerana dikatakan berlagak dan tidak menghormati Upiak sewaktu penyanyi itu hadir sebagai tetamu Meletop.

Malah, ada netizen yang mendakwa beliau seperti memandang rendah penyanyi Indonesia yang berasal dari luar bandar itu.

Meletop merupakan rancangan berformat hiburan santai yang menyiarkan temubual bersama selebriti, segmen carta lagu, filem serta gosip terkini tempatan dan luar negara.

Sumber berita BH Online

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)