Oleh pada 29 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram.com/neelofa

Baru sahaja reda kontroversi pelancaran koleksi tudung terbarunya, BeLofa di sebuah kelab malam, nama Neelofa kini kembali tular di laman sosial apabila fesyen digayakannya di sebuah majlis dikatakan kurang sesuai dan agak janggal.

Majlis itu difahamkan diadakan tengah hari semalam bersempena kolaborasi Naelofar bersama Zalora untuk koleksi raya.

Namun, Neelofa juga kelihatan berpakaian serupa ketika melawat pejabat Utusan/Kosmo bagi mempromosi Anugerah Meletop Era 2018.

Neelofa mengenakan baju turtleneck berbelang melintang hitam putih dan denim yang terlalu besar. Beliau turut memakai turban dan topi yang mempunyai jaring di atasnya.

Menurut Instagram @i_knowfashion, fesyen itu dikatakan diinspirasikan dari gaya klasik Coco Chanel. Malangnya, Neelofa dilihat terlalu mencuba untuk tampil bergaya sehingga fesyennya itu dianggap tidak masuk akal.

neelofa jadi mangsa fesyen 3

Gaya Neelofa disamakan dengan pereka fesyen terkenal Perancis, Coco Chanel

Menerusi salah sebuah foto yang dimuatnaik di Instagramnya, Neelofa difahamkan menulis kapsyen yang memberi kenyataan berbunyi seperti "Fesyen tidak mempunyai peraturan".

Tidak lama selepas itu, kapsyen tersebut dipadam dan ditukar setelah menerima respon negatif dari netizen. Antara komen tersebut mempersoalkan kenyataan Neelofa yang dirasakan kurang sesuai untuk seorang yang berhijab.    

Tetapi, ada juga yang memuji keberaniannya dalam menggayakan penampilan itu. Apa kata anda lihat foto tersebut di bawah dan buat penilaian sendiri.

Bagi kami, ia tidaklah seteruk yang digambarkan. Apa pula pendapat anda?

Sumber berita: Forum CARI

Kredit foto: Instagram Neelofa




Hakcipta iluminasi.com (2017)