Oleh pada 06 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa

Dilanda isu silih berganti, pelakon dan pengacara Noor Neelofa sekali lagi mendapat tumpuan meluas selepas memperagakan fesyen unik dalam sebuah acara yang dihadirinya.

Neelofa tampil berani dengan padanan jaket bersama seluar berwarna oren, turban di atas kepala dan 'pouch bag' besar menghias pinggang.

fesyen pakaian oren pouch bag besar neelofa jadi perdebatan 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

Menerusi pemerhatian di akaun Instagram, foto-foto beliau menggayakan fesyen itu menerima jumlah komen tinggi di mana para pengikut hadir dengan pelbagai reaksi.

Komen negatif rata-ratanya mempertikaikan motif pengacara Meletop itu tampil bergaya sedemikian.

Sesetengahnya pula menganggap ia 'wardrobe malfunction', menggelarkannya seperti kartun Naruto versi muslimah sekaligus menyifatkan pemilik jenama Naelofar Hijab ini sebagai mangsa fesyen.

Sementara itu, ramai juga peminat yang memuji penampilan bintang sensasi tersebut kerana memahami fesyen yang cuba ditonjolkannya.

Terdahulu, Neelofa selaku duta untuk kempen anti buli, menyelar tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah netizen yang menjadikan media sosial sebagai medium untuk menghentam pengguna lain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)