Oleh pada 27 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa

Tidak berpuas hati dengan perkongsian beberapa keping gambar Neelofa berenang bersama ikan lumba-lumba di laman Instagram, pengacara dan personaliti, Rina Omar menganggap tindakan wanita itu bakal memberi pengaruh buruk kepada masyarakat.

Menurut Rina, aksi Neelofa menunggang ikan lumba-lumba seolah menyokong aktiviti yang didakwa mengeksploitasi haiwan terancam.

“Maaf Neelofa, anda miliki rupa dan kejayaan dan sebagainya tetapi dengan menyokong dan menggalakkan lagi aktiviti berenang bersama ikan lumba-lumba adalah sesuatu yang tidak membanggakan terutamanya bila akan mempengaruhi peminat anda yang ramai.

“Bersangka baik, mungkin kurangnya kesedaran," katanya menerusi laman Twitter.

Pada pagi Ahad lalu, Neelofa mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa keping foto sedang berenang dengan iklan lumba-lumba, ketika bercuti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Aksi Neelofa bermanja dengan ikan lumba-lumba itu dirakamkan di Marine and Waterpark, Atlantis The Palm, dipercayai bertujuan untuk mempromosikan Tahun Melawat Dubai anjuran kementerian pelancongan negara itu.

Sementara itu, Rina berkata, manusia tidak sewajarnya menjejaskan kesihatan haiwan semata-mata untuk kepuasan diri.

“Kita semua suka ikan lumba-lumba tetapi tidak akan menganggu kewarasan dan kesihatan ikan tersebut hanya untuk memberi kepuasan pada diri kita," katanya.

Kata Rina juga, ada cara yang lebih baik jika Neelofa benar-benar ingin menyaksikan sendiri spesis terancam berkenaan.

“Cara yang terbaik (terutamanya apabila berduit) pergi melihat mereka di lautan. Tidak perlu peluk, tunggang dan sebagainya. Ia memberi tekanan yang tidak patut pada haiwan tersebut,” tulisnya lagi.

pengacara tv kecam neelofa 4

pengacara tv kecam neelofa 5

Kredit foto: Twitter Rina Omar

Bagaimanapun, rata-rata netizen dilihat tidak sependapat dengannya. 

pengacara tv kecam neelofa 2 683

pengacara tv kecam neelofa 3

Kredit foto: Twitter Rina Omar

Sumber berita: Media Hiburan 




Hakcipta iluminasi.com (2017)