Oleh pada 08 Jan 2018 kategori

adik neelofa sound di twitter

Kredit foto: Instagram Ameera Khan

Gara-gara perkongsian Insta Story tentang hadiah sejadah yang diterima daripada kakaknya, Neelofa, Nur Ameera Khan diperli sinis netizen.

Malah Ameera turut dihentam komen melampau seorang individu yang tidak didedahkan identitinya.

"Tak pakai tudung pun nak sembahyang," kritik individu berkenaan.

Dalam pada itu, Ameera tidak berdiam diri, sebaliknya menjawab tohmahan yang diterimanya itu menerusi akaun Twitter beliau, @nurameerakhan.

"Saya ada letakkan hadiah sejadah dan tudung yang saya dapat daripada Naelofar, kemudiannya ada seseorang komen 'tak pakai tudung pun nak sembahyang'.

"Hubungan saya dengan Allah tidak perlu dibuka untuk penilaian orang awam," tulisnya di laman berkenaan.

Sementara itu, Ameera meminta agar mereka yang mengkritiknya supaya mendoakan yang terbaik daripada hanya melemparkan kejian.

"Adalah lebih baik untuk saya mula berdoa ke arah yang lebih baik (berhijab). Apa gunanya pakai tudung tapi tak sembahyang," cetus Ameera lagi.

Dalam perkembangan sama, Ameera berharap para pengikutnya tidak meletakkan apa-apa harapan untuknya bertudung buat masa ini.

"Tapi saya tidak merancang untuk bertudung dalam tempoh terdekat. Jadi, jangan mengharapkan apa-apa daripada saya," katanya.

adik neelofa sound di twitter 2

Kredit foto: Twitter Ameera Khan

Luahan itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Meskipun ada yang menyokong, ada juga segelintir yang memberi teguran buat gadis muda ini.

"Apabila terdetik soal tutup aurat adalah perkara wajib dilakukan, itu maknanya Allah menjentik hidayah dalam hati kamu," komen @princeceplos.

Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)