Oleh pada 25 Sep 2017 kategori

Sumber foto asal: Instagram.com/neelofa

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa terpilih menjadi tetamu penting dalam majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan yang berlangsung pada Khamis lepas.

Menurut suatu kenyataan oleh Noor Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa di Instagram miliknya, pengiktirafan itu merupakan suatu pencapaian yang cukup membanggakan buat adiknya itu.

Rakyat Malaysia pertama diberikan penghormatan sebagai tetamu pada majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan.


Satu lagi pencapaian yang menakjubkan oleh Neelofa. Kejayaannya kini tiada batasan. Beliau beĀ­rada dalam liga antarabangsa setaraf dengan selebriti terkenal lain.


Mereka turut memberikannya penghormatan apabila hadir bersama model terĀ­kenal, Karlie Kloss dan Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin.

Dilaporkan, Neelofa juga berpeluang untuk bertemu dua mata dengan peragawati ternama, Karlie Kloss.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)