Oleh pada 05 Feb 2018 kategori

neelofa ditegur pegawai perubatan 1

Kredit foto: Instagram Neelofa

Adat buat selebriti untuk mempromosikan produk di laman Instagram sebagai menjana pendapatan sampingan.

Biarpun begitu, tindakan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor mempromosikan produk makanan tambahan di Instagram Stories, baru-baru ini, diasak cemuhan netizen yang tidak berpuas hati.

Mana tidaknya, menurut penerangan Neelofa, produk itu juga boleh dikongsi bersama bayi dan kanak-kanak.  

neelofa ditegur pegawai perubatan 2

Kredit foto: Sinar Harian

Ekoran itu, pelakon, pengacara dan usahawan jelita berusia 29 tahun ini mengundang ribut di laman sosial.

Malah, pegawai perubatan juga dipanggil netizen untuk berkongsi pencerahan mengenai suplemen bayi dan kanak-kanak itu.

Sementara itu, hasil tinjauan terkini mendapati Instagram Stories iklan berkenaan telahpun dihapuskan.

Netizen seterusnya mengingatkan bintang yang mesra disapa dengan panggilan Lofa ini supaya lebih berhati-hati dalam mempromosikan mana-mana produk di masa akan datang.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)