Oleh pada 20 Dec 2017 kategori

pelakon baru sedang pikat neelofa

Kredit foto: Instagram Neelofa & Instagram Alif Hadi

Baru sahaja bersama-sama menjalani penggambaran drama bersiri Red Velvet, aktor Alif Hadi memberikan bayangan dirinya dan Neelofa sedang dilamun cinta. 

Alif, 29, menulis di ruangan komen salah sebuah kiriman Instagram Neelofa yang telah menarik perhatian ramai.

"11am till 2pm? I'll be in your heart forever (11 pagi hingga 2 petang? Saya akan berada di hati awak selama-lamanya)," tulis Alif dalam ayat berbentuk 'pick-up line' itu.

Alif memberi respon terhadap kiriman Neelofa yang mempromosikan koleksi terbaharu bersama Fashion Valet, Neelofa X Fashion Valet pada hujung minggu lalu.

Neelofa terdahulu menulis, "Saya akan berada di kedai Fashion Valet Pavillion dari 11 pagi hingga 2 petang, jadi pastikan anda singgah untuk menegur saya dan membeli-belah koleksi ini! Jumpa awak semua esok! #neelofaxfashionvalet".

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap tindakan selamba Alif mendekati Neelofa.

Ada yang beranggapan pelakon muda itu sangat 'gentleman' dan 'sweet'. Ada pula yang sudah menggabungkan nama mereka berdua seperti trend promosi kebanyakan produk drama.

"Lofalif atau alofa ni?" tanya seorang netizen.

"Kalau ada jodoh tak kemana," tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Bagaimanapun, Adi dinasihatkan seorang individu agar tidak terlalu berharap memandangkan citarasa lelaki idaman Neelofa didakwa amat tinggi.

"Usah bermimpi di siang hari bro... Kalau bukan kerabat, anak orang berada, duit berkepuk-kepuk rasanya jangan harap dia nak pandang. Artis-artis bukan citarasa dia," nasihat seorang pengguna media sosial.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)