Oleh pada 09 Feb 2018 kategori

Kredit foto: calculatorcitytocity.club

Pelawak Zizan Razak lucu mengenangkan pandangan peribadinya di laman Twitter baru-baru ini kerana menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.

Malah, di luar jangkaaan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 34, apabila sindiran itu dikaitkan dengan pengacara dan aktres, Mira Filzah.

Tegas artis serba boleh ini, tweet itu bukanlah ditujukan kepada sesiapa termasuk Mira.

zizan razak sindir mira filzah 2

Kredit foto: Twitter Zizan Razak

"Tak adalah... Saya dengan Mira sudah lama tidak berjumpa. Tweet itu tidak ditujukan kepadanya.

"Mesej itu dimuat naik dengan niat terbuka tanpa ditujukan kepada mana-mana individu. Ia berdasarkan pendapat saya melihat rakan-rakan wanita yang memiliki sifat lembut di luar tetapi hakikatnya garang," katanya kepada BH Online.

Beliau mencetus sensasi di laman mikro apabila menulis kiriman berkaitan karakter wanita yang disangka lembut, tetapi bertukar garang selepas menjadi kekasih.

Rata-rata netizen menyangka bintang Abang Long Fadil ini berbicara tentang wanita yang sering digosipkan dengannya, Mira.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak bermaksud melabelkan wanita lemah lembut sebagai jahat.

"Apa yang ditulis sekadar apa yang terlintas di fikiran dan pemerhatian saya. Tetapi wanita garang saya fikir sebenarnya manja," katanya.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)