Oleh pada 19 Jul 2017 kategori

datuk aliff syukri tayang gambar di kolam renang ini komen mengejutkan zizan razak 1

Kredit foto: mynewshub.cc 

Rasanya ramai yang sudah maklum dengan kenakalan pelawak Zizan Razak yang gemar menyakat.

Dalam bab-bab "membahan" dan mengusik orang memang boleh diamanahkan kepada pelawak ini. Sehinggakan sahabatnya sendiri, Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlyn pernah menjadi mangsa disakat di laman Instagram. Ingat lagi insiden nasi lemak Johan?

Dan yang terbaru, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri pula menjadi bahan usikannya.

Sekeping foto yang dimuat naik Aliff ke laman Instagram memaparkan aksi beliau sedang mandi kolam renang bersama anak perempuannya.  

datuk aliff syukri tayang gambar di kolam renang ini komen mengejutkan zizan razak 1

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Dan tak semena-mena dalam ruangan komen, muncul pula kenyataan daripada pelawak Zizan. Ayat Zizan agak ringkas tapi cukup "padu" untuk menggelikan hati netizen. 

datuk aliff syukri tayang gambar di kolam renang ini komen mengejutkan zizan razak 3

Kredit foto: ohbulan.com & Instagram Aliff Syukri

Para pengikut Aliff tidak melepaskan peluang berkongsi reaksi mereka mengenai kenyataan Zizan tersebut.

datuk aliff syukri tayang gambar di kolam renang ini komen mengejutkan zizan razak 4

Kredit foto: ohbulan.com & Instagram Aliff Syukri 

Nakal betul Zizan ya. Mungkin lepas ini Aliff pula boleh sakat Zizan dengan soalan ini, "Bila agaknya Zizan nak kahwin ya?" 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)