Oleh pada 13 Apr 2018 kategori

Kredit foto: BH Online

Aktres Mira Filzah tidak menafikan masih berkawan baik dengan aktor dan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini bagaimanapun akui jarang berjumpa dengan rakan gandingannya dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta itu, kerana faktor kesibukan kerja.

“Siapa kata hubungan kami sudah putus? Kami masih berkawan macam biasa.

“Cuma buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Pengacara rancangan majalah wanita televisyen, Nona itu diwawancara sewaktu kehadirannya di majlis pelancaran minuman penghilang dahaga yang berlangsung di sebuah pasar raya, semalam.

Dalam pada itu, Mira berjanji tidak akan melupakan peminat sekiranya sudah mempunyai tarikh perkahwinan dengan artis versatil itu.

siapa kata kami sudah putus mira filzah komen hubungan dengan zizan 2

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

“Apabila tiba masanya, insya-Allah, saya akan beritahu pada semua nanti,” katanya ringkas.

Diminta mengulas tentang pemberian yang diterima daripada Zizan pada sambutan hari lahirnya 2 April lalu, wanita yang terkenal dengan keperibadian lemah-lembut ini bagaimanapun berkata, dia enggan berkongsi perihal itu kepada umum.

“Biarlah saya merahsiakan hadiah yang diberikannya pada saya,” katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)