Oleh pada 04 Jan 2018 kategori

Sumber foto: malaysiakini.com

Susulan pelaksanaan sistem apungan terkawal, rakyat perlu membiasakan diri dengan turun naik harga minyak setiap minggu, kata Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Situasi sama turut berlaku di negara maju yang mana harga minyak berubah setiap hari kata Datuk Seri lagi.

Datuk Seri Najib Razak diwawancara dalam program 'Bicara 4 Mata' bersama Datuk Aznil Nawawi yang disiarkan portal theRakyat, RTM dan TV3, malam semalam. 

Kita sudah beritahu, kita tidak mampu nak memberi subsidi pukal, sebab itu buat subsidi secara lebih fokus.


Cuma kalau harga minyak RON95 naik sehingga RM2.50 (secara berterusan selama tiga bulan), kerajaan akan membuat sesuatu untuk membantu rakyat. Itu kita sudah bagi jaminan.

Pada 29 Mac tahun lalu, mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan telah mula berkuat kuasa.

Berikutan penghapusan subsidi minyak, harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)