Oleh pada 22 Mar 2017 kategori

Kredit foto: Facebook Najib Razak

Menerusi laman Facebook dan Twitter rasmi miliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuatnaik sebuah foto yang memaparkan tiga perubahan wajahnya dalam satu kad.

Menurut beliau lagi, paparan evolusi wajahnya itu merupakan hadiah yang diterimanya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Evolusi saya dilihat dari kad pengenalan. Kemerosotan dan pemutihan rambut yang ketara. Hadiah daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia. Terima kasih.

Sumber: Facebook Najib Razak

Setakat ini, status itu disukai kira-kira 29,000 orang dan mendapat lebih 3,000 perkongsian.

Dalam pada itu, para netizen dilihat sempat meninggalkan komen di bawah foto berkenaan.

Rata-rata memuji ketampanan wajah beliau sejak muda, malah ada juga yang menganggap perkongsian tersebut merupakan suatu jenaka dari beliau.

Sumber: Sinar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)