najib dedah pengalaman lucu bergelar menteri besar

Sumber foto: malaysiandigest.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbas semula pengalaman lucu bersama anggota polis sewaktu bergelar Menteri Besar Pahang.

Ucapan tersebut diberikan dalam Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dihadiri seramai mencecah 5,000 pesara polis hari ini.

Menurut beliau, pasukan keselamatan pada waktu itu sedang memburu pengganas komunis, Chong Chor, di lokasi berhampiran Bentong, Pahang.

Tambahnya, kereta yang dinaikinya digalakkan untuk mempunyai tiga nombor pendaftaran demi mengelirukan pihak musuh dan memastikan beliau berada dalam keadaan selamat.

"Satu hari ketika saya ada seminar di Kuala Lumpur, saya ditanya anggota polis sama ada kereta yang dinaiki milik saya.

"Saya tanya kenapa? Sebab nombor (pendaftaran) depan lain, belakang lain. Pemandu saya tersilap letak nombor depan CU11, belakang CX3879.

"Saya nak pujilah, anggota polis berkenaan begitu tajam matanya. Dia suruh buka bonet, banyak lagi nombor plat di dalamnya," ujar Najib sambil ditertawakan para penonton.

Untuk pengetahuan, Najib merupakan menteri besar termuda, iaitu sewaktu berumur 29 tahun, dari 4 Mei 1982 sehingga 10 Ogos 1986.

Jelasnya, Malaysia tidak akan berjaya seperti hari ini, tanpa pengorbanan serta komitmen anggota keselamatan yang bertanggungjawab memelihara keamanan negara.

Sumber berita: Bernama


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)