Oleh pada 18 May 2017 kategori

iluminasi stesyen minyak rugi harga minyak petrol diesel

Encik Abdul Rahman adalah pemilik stesyen di sebuah pekan kecil.

Setiap minggu lori penghantar bekalan minyak akan menghantar 10000 liter ke stesyennya. Walaupun begitu selalunya anggaran stesyen minyak Encik Abdul Rahman mampu jual dalam seminggu adalah 8000 liter. Pengusaha syarikat minyak juga memberi syarat yang kuota penghantaran 10000 liter minyak perlulah diterima dan wajib diambil oleh stesyen Encik Abdul Rahman.

Bagi setiap liter yang dijual, Encik Abdul Rahman akan mendapat keuntungan sebelum tolak kos 12 sen. Kadar 12 sen itu pula sudahpun ditetapkan kerajaan Malaysia melalui sistem yang digunapakai.

iluminasi stesyen minyak rugi harga minyak petrol diesel2

Pada minggu pertama bulan itu, harga minyak pasaran untuk pengguna adalah RM2.21 sen satu liter. Bekalan 10000 liter dibeli oleh Encik Abdul Rahman dengan harga jualan pemilik stesyen pada harga RM2.09 satu liter. Dia menjual 8000 liter pada harga RM2.21 dan untungnya pada minggu itu adalah RM960.

Pada minggu kedua, harga minyak pasaran turun kepada RM2.11 sen satu liter. Bekalan 10000 liter dibeli oleh Encik Abdul Rahman dengan harga pemilik stesyen pada harga RM1.99 satu liter. Dia tetap berjaya menjual 8000 liter minggu itu, pada harga RM2.11 dan untungnya pada bulan itu tetap RM960, berdasarkan keuntungan 12 sen satu liter.

Bagaimanapun, oleh kerana dalam 8000 liter yang dijual itu, termasuk juga baki 2000 liter minyak minggu lepas yang dibeli dengan harga RM2.09 seliter yang kini terpaksa dijual dengan harga RM1.99, Encik Abdul Rahman mengalami kerugian 10 sen untuk setiap liter, berjumlah RM200 bagi 2000 liter.

Kerugian itu menyebabkan untung beliau pada minggu itu tinggal RM760 kerana terpaksa mengambil kira kadar kerugian yang terpaksa ditanggung akibat penurunan harga minyak.

Encik Abdul Rahman pening memikirkan berapa lama boleh dia kekal meniaga, apatah lagi dialah satu-satunya pengusaha stesyen minyak di kampung itu.


iluminasi stesyen minyak rugi harga minyak petrol diesel3

Saya harap penjelasan ringkas ini membantu menerangkan bagaimana pengusaha stesyen minyak boleh mengalami situasi rugi jika harga minyak turun sebab ramai yang nampak masih keliru.

Sebagai pengguna, memang kita akan pegang persepsi yang pengusaha ni akan cuba pertahankan kepentingan mereka tapi kalau boleh janganlah lupa, jika sedikit pengusaha stesyen minyak, kita pun akan menghadapi kesukaran nak mendapatkan minyak.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)