Oleh pada 22 May 2018 kategori

kediaman najib razak diserbu kiky tidak tertekan 1

Kredit foto: Twitter Najib Razak

Meskipun kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi tumpuan ramai, namun ia nyata tidak memberi tekanan kepada salah satu penghuninya, Kiky.

Menerusi laporan MalayMail, rumah itu sarat dengan kotak dan bagasi selepas dipindahkan dari Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya, sehingga kotak-kotak yang disusun hampir mencapai siling.

Manakala kunjungan tetamu pula bersilih ganti, menambahkan lagi kesibukan.

Begitupun, ia bagai tidak mendatangkan kesan buat kucing Parsi keluarga Najib yang bernama Kiky.

Tidak mempedulikan tetamu yang bertali arus, Kiky bergaya selamba dengan mengesel-geselkan tubuhnya kepada Najib.

kediaman najib razak diserbu kiky tidak tertekan 2

Kredit foto: Twitter Najib Razak

Ketawa melihat keletahnya, Najib dalam nada jenaka berkata, Kiky adalah kucing paling pemalas di dunia.

Sememangnya Kiky bukanlah asing terutamanya di kalangan pengikut Najib di media sosial kerana beliau sering berkongsi perkembangannya kepada umum.

Malah dia antara kucing popular yang cukup dikenali di kalangan penggemar kucing di negara ini.

Pada 2010, Najib pernah bertanya kepada para pengikutnya untuk memberi cadangan nama kepada kucing itu dalam sebuah laman blog.

Yang pastinya ketika ini menjadi saat paling bahagia buat Kiky kerana mula mendapat perhatian penuh daripada tuannya.

Sumber berita: Sinar Harian

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)