Oleh pada 19 May 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Tun Dr Mahathir tiba pada pukul 10.00 pagi, diikuti oleh Lee Hsien Loong lebih kurang sejam kemudian. Turut hadir ialah isteri kedua-dua pemimpin tersebut iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Ho Ching.

Menurut Lee Hsien Loong di akaun Instagram rasminya, pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir atas kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

"Kami berbincang mengenai hubungan Singapura-Malaysia yang utuh dan mendalam dari pelbagai aspek. Kami berdua berkongsi pendapat akan bagaimana hubungan dua negara ini dapat diperkukuhkan," tulisnya.

perdana menteri singapura dedah siapa anwar ibrahim 1

Kredit foto: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad / Jabatan Penerangan

Beliau juga menjemput Tun Dr Mahathir untuk melawat Singapura dan meneruskan 'Singapore-Malaysia Leaders’ Retreat' yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir sendiri sejak tahun 1994.

"Turut bertemu dengan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Datin Seri Dr. Wan Azizah.

"Anwar merupakan seorang kawan lama. Sudah lebih 20 tahun sejak kali terakhir saya bertemu dengannya. Ketika itu, kami berdua masih bergelar Timbalan Perdana Menteri. Seronok bertemu mereka kembali," jelasnya.

Pertemuan tersebut julung kali diadakan sejak Pakatan Harapan menerajui negara ini. Lee Hsien Loong merupakan pemimpin ASEAN kedua yang mengunjungi Tun Dr Mahathir selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

perdana menteri singapura dedah siapa anwar ibrahim 2

Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3 [1, 2]

2. Facebook Bernama Radio [1, 2]

3. Instagram Dr Mahathir Mohamad

4. Instagram Lee Hsien Loong

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)