Oleh pada 25 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Twitter Najib Razak & jalphonsa.blogspot.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat menahan rasa teruja dengan kehadiran cucu barunya, Adam Razak.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Twitter beliau.

Menurut Najib, anak perempuannya yang bernama Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina telahpun selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi Jumaat.

tahniah perdana menteri najib razak dapat cucu lelaki 2

Kredit foto: Twitter Najib Razak

Cucu baru saya, Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Gina dan bayi kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Untuk info, ini merupakan kelahiran sulung dalam rumah tangga Nooruana Najwa bersama suami, Daniyar Kessibayev yang berasal dari Kazakhtan sejak perkahwinan mereka pada dua tahun lalu.

Menerusi ruangan komen, netizen merakamkan ucapan tahniah dan turut tumpang gembira dengan berita kelahiran itu. Mereka juga mendoakan agar bayi tersebut akan membesar dan menjadi manusia yang berguna kelak.

@Mr.Right‏: "Tahniah Datuk Seri. Semoga menjadi khalifah berguna di bumi Allah ini. Insyallah."

@Moon: "Tahniah Datuk Seri. Semoga Adam menjadi anak yang baik dan soleh. Amin."

@Azri: "Alhamdulillah. Tahniah PM, saya tumpang gembira."

@Biswardi Hasbi: "Tahniah buat Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. Semoga dapat menambah keceriaan dalam keluarga nanti." 




Hakcipta iluminasi.com (2017)