gaji jemaah menteri dipotong 10 tun mahathir

Kredit foto: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad (gambar sekadar hiasan)

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan gaji jemaah menteri akan dikurangkan sebanyak 10% berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat pertama kabinet kerajaan Pakatan Harapan yang diadakan di Perdana Putra, Putrajaya, pagi tadi.

Pemotongan gaji asas itu turut dipersetujui oleh jemaah menteri.

gaji jemaah menteri dipotong 10 tun mahathir 1

Kredit foto: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Tindakan tersebut diambil oleh kerajaan bagi menunjukkan keprihatinan terhadap keadaan ekonomi dan masalah kewangan yang sedang dihadapi negara.

Selain itu, beberapa badan kerajaan seperti Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan digugurkan.

Harga minyak pula akan dikekalkan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Sumber:

1. Facebook Bernama Radio

2. Facebook Berita TV9 [1, 2]

3. Facebook Front Desk

4. Facebook Kosmo Online

5. Facebook Azmin Ali

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)