Oleh pada 07 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Youtube Jakel Textile & suria.my

Menerusi laman Twitter, pelawak Nabil Ahmad menyindir sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh aktor Fattah Amin.

Namun jenaka Nabil membawa padah apabila tindakannya mempersendakan pelakon itu menimbulkan kemarahan netizen.

nabil sindir fattah amin akhirnya dihentam semula 2

Kredit foto: Twitter Nabil Ahmad

"Fuhh hebat!! Taraf Hollywood! Macam inilah baru artis!!," tulis Nabil di laman Twitter.

Terdahulu, menerusi sebuah temubual bersama media, Fattah berkata, dia meletakkan syarat dalam kerjaya seninya untuk tidak berjemur di bawah cahaya matahari kerana ingin menjaga kecantikan kulit memandangkan dia adalah duta kepada lapan produk kecantikan dan kesihatan.

Sementara itu, komen Nabil mencetuskan kontroversi di kalangan peminat pelakon Hero Seorang Cinderella itu. Rata-ratanya berang kerana beranggapan Nabil tidak layak menghentam Fattah berikutan aktor itu tidak pernah mempunyai isu dengannya.

Tak kurang, ada yang mengatakan pengacara Meletop tersebut iri hati dengan kejayaan yang diraih Fattah.

"Apa ni Nabil. Kalau tak suka pun janganlah tunjuk sangat. Kecewalah dengan Nabil ini. Ada saja nak dengki pada orang walhal orang tu tak pernah kacau orang pun!" tempelak seorang pengguna Twitter.

Ada juga yang mempertikaikan status "Haji" Nabil yang seperti tidak membawa makna kepadanya kerana perangainya yang dikatakan semakin teruk.

"Haji, bersihkan hati tu... jangan ada sifat dengki dengan orang lain," cetus seorang lagi netizen.

Tidak ketinggalan, seorang peminat meminta Fattah mengabaikan kata-kata buruk yang dilemparkan dengan harapan ada hikmah yang menanti di sebaliknya.

"Tersenyumlah Fattah Amin ketika hati di sakiti. Hati yang tidak membenci akan membentuk jiwa yang tegar dan damai."

Bagaimanapun ada juga segelintir peminat yang berada di pihak Nabil kerana menganggap kenyataan Nabil itu hanyalah gurauan yang sengaja diperbesarkan oleh netizen. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)