Oleh pada 20 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad & peraktoday.com.my

Chef selebriti, Datuk Chef Wan sekali lagi tampil mengkritik gaya pengacaraan Nabil Ahmad di Konsert Gegar Vaganza 4 (GV4) minggu keempat semalam.

Kenyataan yang dibuat menerusi laman Instragram Chef Wan itu merujuk kepada sifat Nabil yang gemar menyampuk ketika juri memberi komen kepada peserta.

chef wan hentam nabil lagi 3

Kredit foto: New Straits Times

Malah Chef Wan juga mengatakan dia sudah muak dengan adegan usik-mengusik antara Nabil dan Datuk Ramli MS yang seakan sama setiap minggu, seperti 'tiada modal'.

Tambah Chef Wan, Nabil juga harus berhenti mempersendakan Hetty Koes Endang sewaktu juri itu hendak bercakap kepada peserta.

chef wan hentam nabil lagi 2

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan apa yang diutarakannya, malah mereka meminta supaya pihak Astro berbuat sesuatu kepada pengacara sensasi ini.

Terdahulu, Nabil yang juga seorang pelawak, telah beberapa kali dikecam penonton kerana sering beraksi keterlaluan ketika mengendalikan program berkenaan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)