Oleh pada 14 Sep 2017 kategori
dibuli rakan artis ini jawab fattah amin 1
Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Sering dibuli oleh pihak tertentu termasuk rakan artis, aktor Fattah Amin acapkali dipertahankan oleh para pengikut setianya.

Tindakan agresif peminat bagaimanapun dianggapnya sebagai di luar kawalan beliau.

Selain meletakkan penghargaan atas semangat mereka menyokong karier seninya, Fattah tidak menafikan dia juga kerap berpesan agar mereka sentiasa menjaga perilaku.

dibuli rakan artis ini jawab fattah amin 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Saya berharap tidak ada pihak menyalahkan peminat saya. Ini kerana mereka hanya menjalankan tugas melindungi artis yang diminati. Saya percaya setiap komen mereka lahir dari hati. Ia membuatkan saya terharu dan semakin menghargai mereka. Namun, dalam masa sama saya selalu mengingatkan peminat untuk selalu bercakap yang baik-baik. Ambil yang positif dan jauhkan perkara negatif.
Sumber: Harian Metro

Terdahulu, beberapa rakan artis menjadi mangsa hentaman netizen kerana mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan Fattah tentang dirinya yang tidak boleh berjemur.

Antara selebriti yang dikecam termasuk Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sharifah Amani.

Dalam pada itu, pelakon Hero Seorang Cinderella itu beranggapan sesetengah pihak mungkin telah menyalahtafsir kenyataan yang dikeluarkannya sehingga menimbulkan kontroversi.

Menurut Fattah, tindakannya itu hanyalah untuk menyempurnakan komitmennya sebagai duta produk.

Malah, beliau masih bersedia untuk terdedah kepada cahaya matahari selagi tidak menjejaskan kesihatan kulit.

dibuli rakan artis ini jawab fattah amin 3

Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Mungkin ada pihak salah tafsir. Maksud kenyataan saya sebelum ini, dengan komitmen sebagai duta untuk beberapa produk penjagaan kulit saya perlu mengambil berat perkara itu termasuk rambut. Bukanlah bermaksud saya tidak boleh terdedah pada cahaya matahari langsung.
Sumber: Harian Metro

Malah aktor berusia 27 tahun itu turut mengambil isu dirinya dipersenda sebagai gurauan daripada rakan artis dan menghormati luahan mereka sebagai komen yang berbentuk peribadi.

Mengenai isu mempersendakan tajuk artikel yang dikongsi, saya menganggap ia gurauan dan pendapat individu daripada rakan artis.
Sumber: Harian Metro

tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)