Oleh pada 22 Nov 2017 kategori

Kredit foto: antarapos.com & Instagram Nabil

Chef Wan berharap tegurannya terhadap hos Gegar Vaganza 4 (GV4), Nabil Ahmad dapat diterima secara positif dan tidak dipanjangkan menjadi isu besar.

Chef Wan atau nama penuhnya Datuk Redzuan Ismail, 59, berkata beliau menegur secara baik dan tidak pernah menggunakan sebarang kata kesat di Instagram.

“Sebagai seorang selebriti, Nabil sepatutnya lebih matang dan tidak mudah melatah seperti ini.

“Kalau Nabil boleh bergurau dengan orang tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka, mengapa dia tidak boleh ditegur atas dasar profesionalisme?,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Tambah Chef Wan, dia juga tidak gentar sekiranya pelawak itu mahu mengambil tindakan undang-undang. 

“Saya cakap benda yang betul, mewakili sekumpulan orang yang tidak suka pada cara Nabil bergurau dengan agak melampaui batas di pentas Gegar Vaganza (GV)," jelasnya.

Kata beliau, jika Nabil sekadar mengikut arahan produksi, dia seharusnya menggunakan fikiran logik supaya tidak beraksi secara keterlaluan.

“Jika dia kata apa yang dilakukan atas dasar kerja, sila gunakan logik akal agar ia berpada-pada,” katanya lagi

Terdahulu, jenaka spontan Nabil dalam program GV4 mengundang kritikan Chef Wan kerana dianggap mampu memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.

Nabil dalam kenyataan balasnya menyifatkan teguran chef selebriti itu menjejaskan imejnya sebagai selebriti yang juga duta kepada beberapa produk.

Sumber berita: Kosmo Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)