Oleh pada 07 Jun 2017 kategori

nabil bengang jadi mangsa isu fattah amin tak hadir meletop 1

Kredit foto: nst.com.my 

Minggu lalu pelakon Fattah Amin telah membatalkan kehadirannya di rancangan hiburan Meletop pada saat-saat akhir. Susulan itu, berlaku sedikit ketegangan antara pengacara Neelofa dan aktor tersebut.

Bagaimanapun seorang lagi pengacara Meletop iaitu Nabil Ahmad tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman gara-gara isu tersebut. 

nabil bengang jadi mangsa isu fattah amin tak hadir meletop 2

Kredit foto: Twitter FX.CAT Neb Radzif 

Dek kerana bengang diberi nasihat oleh seorang peminat Fattah melalui “direct message” Instagram, Nabil bertindak memaki hamun individu itu. 

Sejurus kemudian, Nabil memuat naik foto bukti kiriman mesej berkenaan ke laman Instagramnya. 

nabil bengang jadi mangsa isu fattah amin tak hadir meletop 3

nabil bengang jadi mangsa isu fattah amin tak hadir meletop 4

Kredit foto: Beautifulnara 

Bagaimanapun beberapa ketika selepas itu, beliau memadam semula muat naik tersebut.

Beberapa reaksi dilontarkan netizen termasuk ada yang menyifatkan perbuatan peminat Fattah itu sebagai melampau dan terbawa-bawa oleh perasaan. Namun ada juga yang menganggap Nabil yang terlalu emosi apabila tersentap hanya kerana kenyataan daripada seorang individu di bawah umur.

Paling melucukan, ada juga sesetengah netizen yang meminta pengacara itu untuk kembali mengambil subjek Bahasa Melayu kerana tidak mampu mengeja perkataan yang mudah iaitu 'bangang'. 


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)