Oleh pada 08 Jun 2017 kategori

Kredit foto: Mstar 

Sebelum ini kecoh apabila pelawak Nabil Ahmad bertindak memaki hamun seorang peminat Fattah Amin yang cuba menasihatkannya gara-gara isu Fattah tidak hadir ke rancangan hiburan Meletop.

Isu tersebut mengundang pelbagai reaksi balas daripada netizen.

Meskipun telah memadam bukti mesej tersebut di laman Instagramnya, Nabil sekali lagi tampil dengan sebuah kenyataan terbaru.

Mungkin kerana terkesan dengan komen netizen tentang tindakannya sebelum ini, Nabil memberikan komen yang agak 'padu' kali ini. Luahan Nabil itu dimuatkan dalam kapsyen di sebuah kiriman terbaru Instagramnya. 

lagi komen panas nabil untuk peminat fattah buat ramai sentap 2

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

Ni anak abang ada pesanan untuk peminat-peminat yang fanatik sangat!! Apapun kami dalam industri hiburan hanya sekadar menghiburkan!! Andai kata kami dijadikan idola, ambil apa yang baik daripada kami dan jadikan teladan atas kesilapan kami! Kami juga manusia yang tak sempurna! Kami buat silap dan kami belajar daripada kesilapan kami!! Dan tak layak kami manusia diagung-agungkan seperti tahap dewa! Cukup hanya sekadar diminati dan disayangi! InsyaAllah!! Maaf ya kalau ada yang tersinggung!! Selamat menjalani ibadah puasa semua! Dan nantikan rancangan terbaru daripada Nabil Production #fanzfanatik

Ada kebenarannya dalam kata-kata Nabil. Janganlah terlalu taksub dengan artis pujaan sehingga segala kualiti dalam idola tersebut dipandang tinggi. Mana yang baik dicontohi, yang buruk dijauhkan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)