Oleh pada 10 Sep 2017 kategori

Kredit foto: armaphotography.blogspot.my & tintadijemariku.blogspot.my

Aktres Sharifah Amani menjadi mangsa hentaman netizen gara-gara kelantangannya mengkritik aktor Fattah Amin di laman Twitter.

Lebih teruk apabila peminat pelakon Hero Seorang Cinderella itu turut sama diheret oleh Amani yang meluahkan rasa geram dengan ketaksuban mereka memuja selebriti kesayangan.

sharifah amani pula sindir fattah amin 2

Kredit foto: Twitter Sharifah Amani

Tindakan aktres itu dianggap ramai sebagai salah satu usahanya untuk meraih publisiti selepas sekian lama menyepikan diri daripada industri hiburan.

Entah apa-apa nak tuduh peminat taksub sedangkan memang minta dikecam. Nak publisiti, cakap sahaja, tak dayalah sendu-sendu begini - @soniakincaid.

Tidak cukup dengan itu, kualiti lakonan Amani turut sama dipertikaikan apabila ramai yang menganggap ekspresi wajah yang diberikannya ketika membawa watak adalah sama sahaja.

sharifah amani pula sindir fattah amin 3

Kredit foto: Twitter Sharifah Amani

Dalam pada itu, pelakon filem Sepet itu masih meletakkan penghargaan kepada Fattah yang memanggil dirinya sebagai selebriti dan bukannya aktor.

Ini kerana Amani menyifatkan seorang pelakon yang sebenar tidak mempunyai halangan dalam menghidupkan watak meskipun terpaksa berhujan dan berpanas.

sharifah amani pula sindir fattah amin 4

Kredit foto: Twitter Sharifah Amani

Saya bukan sahaja baca artikel itu tapi siap tengok video sekali. Saya hormat dia kerana mengelar diri sebagai selebriti bukan pelakon. Terima kasih sangat, sebab mungkin selebriti cuba berlakon tak boleh berjemur sangat, kena jaga imej. Mungkin benda itu betul. Saya tidak tahu. Saya seorang pelakon. Sebagai pelakon kita diberi tanggungjawab untuk menceritakan nashkah itu sejujurnya tak kiralah macam mana pun situasinya. Panas atau hujan.

Amani turut meletakkan aktres Datin Sofia Jane sebagai contoh kerana pelakon itu sanggup berkorban nyawa demi kariernya.

sharifah amani pula sindir fattah amin 5

Kredit foto: Twitter Sharifah Amani

Ini baru suruh berpanas sikit, belum suruh buat lagak ngeri terjun sungai dengan air deras siap ada buaya. Cuba tanya Sofia Jane macam mana dia buat.

Sharifah Amani pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19). Antara filem lakonannya adalah Sepet, Gubra, Muallaf, Pekak dan Terbaik Dari Langit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)