Oleh pada 03 Jun 2017 kategori

Remaja masa kini mungkin tidak mengenali nama Mustafa Kemal Ataturk. Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia pemerintahan Islam, pasti nama ini pernah satu ketika dulu menjadi bualan hangat dan berlegar di minda. Dia merupakan presiden Turki yang pertama. Dalam sejarah dunia, dia dianggap sebagai bapa pemodenan Turki moden yang mana namanya sangat dibanggakan dan diberikan gelaran "Ataturk" yang bermaksud bapa orang Turki. Dia merupakan pembawa sekularisma di Turki. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

mustafa kemal ataturk 1jb71

Namun, jika dilihat sejarah dari sudut pandangan lain, Ataturk adalah seorang yahudi yang menyamar menjadi seorang Islam untuk menghancurkan Islam itu sendiri dari dalam. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan khalifah Islam yang dibubarkan secara rasmi pada 3 March 1924. Dia sengaja menjauhkan nilai-nilai agama dari kehidupan rakyat Turki yang selama ratusan tahun dinaungi cahaya Islam. Seorang pengkhianat agama yang tidak dapat kita bayangkan kejahatannya.

Latar belakang

mustafa kemal ataturk 1jb30

Mustafa Kemal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi yang bermaksud orang yang memerangi ini lahir pada tahun 1881 di Kota Salonika yang ketika itu merupakan taklukan Khalifah Uthmaniyyah. Ayahnya, Ali Riza, adalah seorang pengawal di jabatan kastam manakala ibunya bernama Zubayde seorang wanita yang amat taat dalam menjalankan agama.

Menurut H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul "al-Zi'bu al-Aghbar" atau "al-Hayah al- Khasah li taghiyyah" telah menulis: 

" Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika. 

mustafa kemal ataturk 1jb59

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M): 

"Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap."

Awal hidup Ataturk

Ali Mufrodi, seorang pengkaji Islam dari University of Leiden Belanda dalam bukunya yang berjudul "Ensiklopedi Tematis Dunia Islam" menjelaskan, Mustafa Kemal Ataturk dimasukan oleh ibu bapanya ke madrasah, tetapi dia tidak menyukainya dan selalu melawan guru.

mustafa kemal ataturk 1jb73

Ketika Mustafa berumur 12 tahun, dia memasuki Sekolah Tentera Salonika dan meneruskan pelajarannya di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Dia kemudiannya menyambung ke akademi tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraanya pada 1325H (1907M) dan seterusnya ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. 

Inilah titik permulaanya dalam memerangi pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dan sebagai seorang penentang agama Islam. Sebagai seorang graduan dari akademi tentera, dia telah mengingatkan dan mempengaruhi rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan dunia pemikiran Islam.

Kebangkitan Mustafa Kemal Ataturk

mustafa kemal ataturk 1jb98

Permulaannya, dia telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).

Gerakan pertamanya memerangi Islam adalah dengan menubuhkan Organisasi Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan menghapuskan pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan cara pemerintahan autoritarian. Namun usahanya gagal.

mustafa kemal ataturk 1jb91

Ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama, nama Mustafa Kemal Ataturk meningkat naik apabila dia telah dipilih menjadi panglima tentere ke-19 i Sinaq Qal'ah. Tenteranya telah berjaya mengalahkan tentera Inggeris sebanyak dua kali di Semenanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil walaupun pada hakikatnya kekuatan tentera Inggeris mampu mengalahkan tentera Ataturk. 

Disebabkan kejayaan Ataturk membawa kemenangan kepada Turki, dia telah dilantik menjadi kapten dan seterusnya menjadi jeneral pada tahun 1335H (1916M). Namun, jika dilihat dengan mata hati, kejayaan yang diraih oleh laknatullah ini sebenarnya adalah rancangan jahat pihak Inggeris yang sengaja mahu mengangkat nama Ataturk sehingga reputasinya dipandang tinggi oleh kerajaan Uthmaniyyah.

mustafa kemal ataturk

Dalam satu lagi gerakannya, dia telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin pada tahun 1918. Dia telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris iaitu musuh Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut lalu membenarkan Inggeris untuk maju ke sebelah utara tanpa sebarang tentangan. Dengan muslihatnya yang licik, dia telah mengadu jatuh sakit dan terlantar di Kem Nablus namun tindakkanya itu telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan pelbagai spekulasi timbul.

Dia kemudiannya membawa tenteranya ke Damsyik dan disitu dia telah memerintahkan supaya tentangan terhadap Inggeris dihentikan. Dengan ini, ia menjadi peluang keemasan kepada pihak Inggeris untuk maju ke wilayah Uthmaniyyah.

Campur tangan pihak Inggeris

Pihak Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang mana ia berkuasa untuk menentukan kekuasan khalifah, selepas kekalah Turki dan pengisytiharaan gencatan senjata. Tidak cukup dengan itu, Inggeris mencetuskan huru-hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah dari 1918 hingga 1919. Mereka kemudiannya mencadangkan agar Mustafa Kemal memikul tugas sebagai pemerintah supaya Mustafa dapat menjadi orang yang mampu memenuhi kehendak rakyat dan juga satu-satunya pegawai tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

mustafa kemal ataturk 1jb60

Oleh itu, kehebatan Mustafa Kemal kian terserlah di mata masyarakat manakala institusi khalifah pula semakin merosot. Pada masa yang sama dia telah berjaya menjayakan rancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Revolusi yang dicetuskan oleh Ataturk disokong penuh oleh Inggeris dan berjaya pada peringkat awal setelah gerakannya disertai oleh pemimpin-pemimpin muda dan ahli fikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.  

mustafa kemal ataturk 1jb10

Tentera Greek mencetuskan api peperangan sekali lagi pada 23 Mac 1921 dan pada bulan September 1921 pertempuran antara mereka terhenti apabila Greek menarik balik tenteranya dari Izmir. Selepas dua hari, tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.  

Propaganda Barat

Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji Ataturk melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid. 

"Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab"

Jatuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah

Namun, cita-cita dan impian mereka berkubur apabila Ataturk membubarkan Kerajaan Khalifah pada 3 Mach 1924. Kerabat diraja dan Khalifah dihalau keluar dari Turki. Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah dimansuhkan serta sekolah-sekolah agama ditukarkan menjadi sekolah-sekolah awam.

mustafa kemal ataturk 1jb40

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut. 

Dengan jatuhnya Kerajaan Khalifah, Mustafa Kemal dengan bantuan pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi dan memperbodohkan seluruh rakyat dan inilah masanya yang paling sempurna bagi mereka untuk menghancurkan Islam.

Kejahatan Ataturk laknatullah

ataturk menari

Ketika menjadi presiden, Mustafa Kemal Ataturk telah memperkenalkan undang-undang baru yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam bagi menghapuskan pengaruh Islam di Turki. Antaranya:

  1. Membenarkan wanita memakai tudung dengan syarat berskirt.
  2. Membenarkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi iaitu sesuai dengan kehendak barat.
  3. Menyuruh lelaki dan wanita menari bersama-sama di khalayak ramai
  4. Menegaskan bahawa negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden
  5. Menggalakkan arak diminum secara terbuka
  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
  7. Menukarkan azan ke dalam bahasa Turki
  8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki namun digunakan untuk mengukir patung-patungnya di seluru bandar Turki
  9. Agama Islam dibuang sebagai agama rasmi
  10. Menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
  11. Melarang orang Islam mengerjakan ibadah haji
  12. Menggubal undang-undang perkahwinan mengikut undang-undang barat
  13. Melarang poligami dan membenarkan wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam.
  14. Membatalkan cuti hari Jumaat
  15. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium dan sesetengah masjid dijadikan gereja
  16. Menutup masjid serta melarang umat Islam dari solat berjemaah
  17. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin
  18. Membatalkan undang-undang waris dan faraid secara Islam.
  19. Menghapuskan pengunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
  20. Menganggap dirinya sebagai tuhan, sama seperti firaun. Pernah seorang askar ditanya oleh Ataturk siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal. Oleh kerana takut askar tersebut menjawab "Kemal Ataturk adalah tuhan"

Kematian yang menyeksakan

Walau sehebat mana sekalipun manusia di muka bumi, kita tetap tertakluk kepada kuasa Allah yang Maha Besar. Sama seperti kisah Namrud dan Firaun, kematian Mustafa Kemal Ataturk sangat menyeksakan.

ataturk mati

Diceritakan bahawa ketika di hujung-hujung nyawa pemimpin laknatullah ini, dia telah menderita penyakit dan hukuman yang perit. Dia menghidap penyakit kulit yang sangat teruk hingga ke kaki yang menyebabkan badannya merasa sangat gatal seluruh badan. Dia juga mengalami sakit jantung dan penyakit darah tinggi. Menurut Syeikh Dr. Abdullah 'Azzam dalam bukunya "Al Manaratul Mafqudah", Mustafa Kemal diserang penyakit dalaman iaitu sirrosis hepatitis disebabkan oleh alkohol. Cecair berkumpul di dalam perutnya dengan teruk, ingatannya menjadi lemah dan darah mengalir keluar dari hidungnya tanpa henti. Dia juga diserang penyakit kelamin akibat maksiat.

Untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul itu, doktor menggunakan jarum lalu disedut cecair tersebut dari dalam perutnya. Perutnya membusung dan kedua kakinya membengkak. Mukanya mengecil dan darahnya berkurang sehingga pucat seputih tulang. Giginya banyak yang tertanggal sehingga mulutnya hampir bertemu dengan kedua alis matanya. Badannya menderita demam yang sangat kuat sehingga tidak boleh tidur dan badannya mengeluarkan bau busuk seperti bangkai. Masih angkuh walaupun diseksa, Ataturk ketika itu mewasiatkan agar jenazahnya tidak disolat jika dia meninggal dunia.

doktor memeriksa mayat araturk

Badannya mengalami panas yang amat sangat sepanjang masa sehinggakan dia mengarahkan pihak bomba untuk menyiram ke atas rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletakkan ketulan-ketulan ais di dalam selimutnya bagi menyejukkan badannya. Dengan kuasa Allah yang Maha Besar, tidak sedikit pun dia merasakan kesejukan daripada ais-ais tersebut. Oleh kerana kepanasan yang tidak tertanggung, dia menjerit dengan kuat sehinggakan seluruh istana mendengar jeritannya.

Tidak tahan dengan jeritan Ataturk, mereka yang bertanggungjawab memasukkanya ke dalam bot dan menghantarnya ke tengah lautan agar dia merasa sejuk. Namun, itu tidak berlaku. 26 September 1938, Ataturk telah pengsan selama 48 jam akibat terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia mengalami hilang ingatan. Ataturk pengsan sekali lagi selama 36 jam, dan kali ini, ia berakhir dengan kematian.

Ketika dia mati, tiada seorang manusia pun memandikan, mengkafankan dan mensolatkan mayatnya. Mayatnya diawet selama 9 hari 9 malam sehinggakan adik perempuannya meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan mensolatkannya seperti muslim.

Mayat tidak diterima bumi

muzium etnografi ankara 213

Muzium Etnografi Ankara

Seksaannya di muka bumi masih belum tamat apabila Allah mengazabkannya sekali lagi ketika proses pengebumiannya. Ketika mayatnya hendak di tanam, dengan kebesaran kuasa Allah, mayatnya tidak diterima oleh bumi. Pastinya kita tidak dapat membayangkan situasi ini. Usaha mengebumikannya gagal.

anitkabir

Anitkabir

Putus asa, akhirnya mayatnya diawetkan sekali lagi lalu disimpan ke dalam Muzium Etnografi Ankara selama 15 tahun sehingga 10 November 1953. Cubaan terakhir untuk mengebumikan mayatnya namun tidak diizinkan Allah, sekali lagi bumi suci ini tidak menerima mayat laknatullah ini. Akhirnya, mayatnya dibawa ke satu tempat berbukit, dan ditanam di dalam binaan marmah seberat 40,000 kilogram. Makamnya diberi nama Anıtkabir.

kubur ataturk

Kubur Ataturk

Diceritakan lagi bahawa ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Namun kesasihan tentang tuntutan itu hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Wallahualam.

Semoga kisah ini memberi teladan kepada kita semua.

Rujukan

1. Ensiklopedia Islam Safir

2. Kang Udo Wordpress




Hakcipta iluminasi.com (2017)