Oleh pada 12 Aug 2018 kategori

Ketika bangun daripada tidur pada pagi 20 Julai 1973, Bruce Lee adalah seorang lelaki berusia 32 tahun yang aktif.

Beliau dan isterinya menghabiskan hari bertemu dengan penerbit untuk filem seterusnya yang mana diharapkan dapat diselesaikan sebelum menuju ke rumah rakannya untuk makan malam.

Namun, menjelang waktu malam, Bruce Lee telah menghembuskan nafas terakhirnya, situasi di mana masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beberapa bulan sebelum kematiannya, Bruce Lee didiagnosis dengan edema serebrum.

Beliau pernah pengsan ketika sesi penggantian dialog automatik untuk filem "Enter The Dragon" dan digegaskan ke hospital kerana mengalami sawan dan sakit kepala.

Doktor dapat mengurangkan bengkak pada otaknya dengan manitol dan akhirnya membenarkan Bruce Lee pulang.

Hidup seperti biasa

bruce lee bersama isteri dan anaknya

Kemudian Bruce Lee hidup seperti biasa dan meneruskan rejim kecergasannyas serta terus memakan makanannya yang lazim yang mana terdiri daripada kombinasi sayur-sayuran, beras, ikan, dan susu.

Beliau juga mengelak dariada makan semua bahan yang dibakar, tepung dan gula halus.

Sehingga 20 Julai, Bruce kelihatan pulih dengan sangat baik daripada Edema Serebral dan selain daripada mengeluh mengalami sakit kepala sekali-sekala, beliau tidak menunjukkan apa-apa tanda yang membuatkan orang lain risau.

Pada hari kematian Bruce Lee, beliau sangat bekerja keras. Beliau dan isterinya telah melawat Hong Kong, di mana banyak filemnya dihasilkan.

Bruce dan isteri menghabiskan sebahagian besar hari tersebut bertemu dengan penerbit, Raymond Chow, membincangkan filemnya yang akan datang.

Selepas pertemuan itu, Bruce melawat ke rumah seorang rakannya yang merupakan seorang pelakon Taiwan, Betty Ting Pei.

Bruce Lee merungut sakit kepala

bruce lee dan betty ting pei

Sekitar jam 7.30 petang, Bruce merungut sakit kepala. Betty memberikan Equagesic, sejenis ubat penahan sakit mengandungi aspirin dan ubat penenang yang dikenali sebagai meprobamate.

Selepas mengambil ubat tersebut, Bruce Lee baringkan badannya. Selepas beberapa jam, beliau tidak turun untuk makan malam, membuatkan Betty naik ke tingkat atas untuk memeriksa keadaannya, yang mana ketika itu tidak memberikan respon.

Betty kemudiannya menghubungi Raymond Chow untuk ke rumahnya, yang mana cuba untuk membangunkan Bruce Lee, tetapi tidak berjaya.

Mereka terpaksa memanggil doktor yang mana menghabiskan sepuluh minit lagi cuba untuk membangunkan beliau, namun akhirnya terpaksa menghantarnya ke sebuah hospital berdekatan menggunakan ambulans.

raymond chow dan bruce lee

Dan sejurus ambulang tiba di hospital, Bruce Lee telah meninggal dunia.

Disebabkan tiada kecederaan fizikal, Lee diberikan autopsi yang mendapati bahawa otaknya telah membengkak sebanyak 13 peratus.

Sebelum doktor dapat mengeluarkan keputusan bedah siasat, Raymond Chow mendakwa bahawa kematian Bruce Lee berasal dari reaksi alergi terhadap ubat penahan sakit yang diberikan kepadanya.

Laporan bedah siasat

bruce lee ketika pengebumiannya

Laporan bedah siasat kemudian mendakwa bahawa penyebab Lee secara rasminya, "kematian disebabkan kemalangan"

Tidak seperti kematian tak disengajakan, kematian disebabkan kemalangan bererti bahawa kematian adalah kemalangan utama, yang berlaku akibat risiko yang berbahaya.

Walaupun Equagesic dianggap tidak berbahaya untuk diambil (walaupun ia kemudian dihentikan), ahli patologi forensik percaya bahawa sebatian dalam ubat penahan sakit menyebabkan edema serebrum kedua.

Walaupun terdapat keputusan rasmi yang disokong oleh beberapa penyiasatan berikut, banyak teori konspirasi telah muncul sejak bertahun-tahun.

Seperti bintang-bintang Hollywood lain termasuk Elvis dan Marilyn Monroe yang juga meninggal dunia akibat komplikasi dadah pada usia muda, jawapan tersebut kelihatan tidak cukup baik bagi orang awam.

Rakan Bruce Lee, Chuck Norris mendakwa bahawa terdapat interaksi dengan ubat penenang otot diambil oleh Bruce yang menyebabkan kematiannya.

bruce lee dan chuck norris 75

Pendapat tersebut telah mencetuskan perdebatan tentang apa lagi yang diambil oleh Lee, sama ada perangsang untuk mengekalkannya bentuk badannya, atau makanan tambahan herba untuk menjadikannya sihat.

Teori-teori tak masuk akal

Terdapat juga khabar angin mengatakan bahawa kematian Bruce Lee disebabkan oleh pelacur, yang telah diperlakukan dengan kejam olehnya.

Desas-desus mendakwa bahawa Lee berada di bawah pengaruh afrodisiak yang kuat, yang menyebabkan dia kehilangan kawalan.

Pelacur itu kemudian membunuhnya untuk mempertahanan diri. Walau bagaimanapun, memandangkan kehebatan fizikal Lee, tidak mungkin sesiapa pun boleh mengalahkannya.

Sesetengah peminat Bruce Lee yang telah terdengah berita tentang dos Equitable yang diberikan oleh Betty Ting Pei mendakwa bahawa Betty telah meracunnya dengan sengaja dan bahawa dia telah bekerja untuk sebuah kumpulan rahsia yang mahu membunuh Bruce Lee mati.

kematian bruce lee kekal misteri

Namun begitu, sudah tentu tiada siapa yang tahu kenapa kumpulan rahsia itu mahu beliau mati.

Teori-teori lain yang wujud telah menyalahkan semua orang daripada Mafia (Itali, Cina, dan Amerika) sehinggalah kepada peminat dan keluarganya atas kematian tersebut.

Ada juga yang mengatakan kematian Bruce Lee adalah disebabkan tewas kepada pesilat Melayu iaitu Dato' Meor Abdul Rahman dan pesilat Indonesia, Dicky Zulkarnain (Jagoan Betawi).

Tetapi mungkin yang paling dipercayai (selain laporan rasmi) adalah teori sumpahan keluarga Lee.

Kematian Brandon Lee, anak Bruce Lee

brandon lee

Mereka yang percaya kepada sumpahan keluarga Lee percaya bahawa sumpahan tersebut bukan sahaja berlaku terhadap Bruce Lee terapi juga kepada anaknya, Brandon Lee.

Ketika berusia 28 tahun, 20 tahun selepas kematian bapanya, Brandon Lee terbunuh dalam kemalangan yang agak pelik.

Semasa sedang bekerja sebagai pelakon untuk filem The Crow, Brandon telah ditembak dengan pistol prop yang entah bagaimana mempunyai peluru hidup.

Tembakan tersebut mengenai bahagian perutnya yang menyebabkan pendarahan teruk. Seperti bapanya, khabar angin konspirasi melanda kematiannya walaupun selepas keputusan rasmi dikeluarkan iaitu kematian disebabkan kemalangan.

kubur bruce lee dan anaknya brandon lee

Walaupun keputusan rasmi adalah kematian Bruce Lee disebabkan oleh kemalangan, keadaan tersebut masih tetap kabur.

Konspirasi seperti pembunuhan dan keracunan kelihatan seolah-olah seperti jenaka, namun apabila seseorang mendengar menggenai kematian anaknya, khabar angin sumpahan mula kedengaran seperti penyebab sebenar.

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)