Oleh pada 26 Aug 2017 kategori

ww2

Peperangan adalah sesuatu yang boleh dikatakan membawa banyak kerugian daripada keuntungan. Namun, ia tetap berlaku atas beberapa sebab termasuklah ketamakan manusia untuk mengawal dunia dengan cara kekerasan. Akibatnya, banyak nyawa terbunuh dan kebanyakan daripadanya adalah orang awam yang tidak bersalah.

kematian ww2

Dalam perang terbesar dalam sejarah iaitu Perang Dunia Kedua yang berlaku dari tahun 1939 hingga 1945 di antara dua pakatan iaitu Pakatan Allies dan Pakatan Axis telah mengorbankan 83 juta nyawa secara keseluruhan, dan 59% daripadanya adalah orang awam

iluminasi.com ingin berkongsi 4 negara dengan kematian tertinggi ketika Perang Dunia Kedua.

4. Poland

polish

Anggaran jumlah kematian : 5.82 juta

Jumlah kematian rakyat Poland sangat tinggi pada Perang Dunia Kedua iaitu hampir 22% daripada populasi negara itu. Ketika itu Poland mempunyai populasi Yahudi tertinggi di Eropah, dan 3 juta daripadanya mati dalam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Nazi. Pada 1 September 1939, Poland telah diceroboh oleh tentera Nazi dan 2 minggu selepas itu pula, tentera Soviet Union pula menyerang negara ini. Walaupun cuba untuk menentang, namun disebabkan kekurangan anggota, Poland menyerah kalah.

polish2

Dilaporkan bahawa tentera Jerman mengarahkan orang awam Poland supaya berbaris dan kemudiannya ditembak. Seramai 20,000 mayat dijumpai bertimbun di satu kawasan pembunuhan. Juga seramai 22,000 tentera Poland telah dibunuh dalam Katyn Massacre, oleh organisasi polis rahsia Soviet Union, yang diluluskan oleh Joseph Stalin.

Poland dibebaskan pada tahun 1944 dan jumlah nyawa yang terkorban adalah sebanyak 5.82 juta, yang mana 80% daripadanya adalah orang awam.

3. Jerman

jerman 219

Anggaran jumlah kematian : 9 juta

Kebanyakan daripada rakyat Jerman menentang penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Kedua yang menyebabkan negara Nazi itu mengalami kerugian yang sangat besar dari segi nyawa. Kebanyakan nyawa yang terkoban adalah daripada pasukan tentera disebabkan oleh taktik agresif Adolf Hitler. Orang awam Jerman yang dikatakan berbahaya juga telah dibunuh oleh Adolf Hitler sendiri, iaitu lebih daripada 300,000 nyawa. Serangan udara oleh tentera musuh menambahkan lagi statistik ini sebanyak 400,000 nyawa. Jumlah keseluruhan nyawa rakyat Jerman terkorban adalah sebanyak 5.3 juta termasuk Adolf Hitler yang membunuh diri, dan 3.3 juta daripada jumlah tersebut adalah orang awam.

2. China

nanking massacre

Anggaran jumlah kematian : 20 juta

Perang Dunia Kedua bagi China bermula lebih awal apabila bertembung dengan Jepun pada tahun 1937 dalam Perang Sino-Jepun Kedua. Dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat China oleh tentera Jepun dalam apa yang dipanggil "The Nanking Massacre", dianggarkan sebanyak 300,000 nyawa terbunuh. Selain itu, polisi yang dilaksanakan oleh General Yasuji Okamura iaitu "Three Alls Policy" yang bermaksud bunuh semua, bakar semua dan rampas semua telah menyebabkan hampir 3 juta nyawa rakyat China melayang. Jepun mengesahkan bahawa 80% daripada nyawa rakyat China yang terbunuh adalah orang awam dan cara Jepun membunuh rakyat China yang tak bersalah dengan menyembelih menyebabkan ketegangan antara Jepun dan negara-negara lain untuk bertahun lamanya.

1. Soviet Union 

soviet union

Anggaran jumlah kematian : 23.4 juta

Sebanyak 23.4 juta nyawa warga Soviet Union telah terkorban ketika Perang Dunia Kedua. Lebih buruk lagi, kebanyakan daripada nyawa ini terbunuh disebabkan oleh seorang individu, iaitu pemerintah Soviet Union sendiri, Joseph Stalin. Joseph Stalin, adalah pemerintah kejam yang bertanggungjawab atas kemasitan 23 juta mangsa. Beliau membunuh lebih banyak nyawa daripada Adolf Hitler. 

mangsa

Terdapat ramai pegawai-pegawai tertinggi tentera Soviet Union dibunuh oleh Joseph Stalin kerana paranoid kuasanya akan dirampas. Bagi tentera Soviet Union yang lari dari medan perang, mereka akan dihantarkan ke tempat yang memungkinkan diri mereka terbunuh, jadi, kematian ini tidak kelihatan seperti mereka dibunuh. Ia merupakan arahan Joseph Stalin dan dianggarkan seramai 400,000 tentera Soviet Union mati dengan cara ini.

Selebihnya nyawa yang terkorban adalah tentera Soviet Union yang terbunuh ketika perang menentang Jerman, dan dalam Peperangan Stalingard sahaja mengorbankan hampir 2 juta nyawa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)