Kredit foto: edtv-zahidizakariya.blogspot.com
Drama bersiri slot Samarinda, 'Menanti Februari' yang telah sampai ke penghujung baru-baru ini menjadi bualan para pengikut setia drama itu dimana mereka mempersoalkan pengakhirannya yang dianggap mengelirukan kerana tidak mengikut syariah Islam.
Menerusi drama tersebut, si isteri lakonan Fatiya Latiff akhirnya tekad untuk berkahwin dengan lelaki lain selepas kehilangan suaminya selama 6 bulan.
Justeru, isu tersebut mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan yang kemudiannya memberi penjelasan secara terperinci dan panjang lebar bagi menjawab segala kekeliruan berkenaan pengakhiran drama berkenaan.