misteri kehilangan dua rakyat malaysia di jakarta terjawab

Kredit foto: Siakapkeli

Dua sahabat karib yang dilaporkan hilang sejak berkunjung ke Jakarta pada 30 Mac lalu akhirnya terjawab apabila kedua mereka disahkan ditahan di sebuah balai polis di sana, lapor Bernama.

Mohamad Shafa dan Kamarol Arifin dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 30 Macbagi membantu siasatan berikutan penemuan beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik sewaktu pemeriksaan badan dijalankan.

Seorang ahli perniagaan tempatan, Datuk Dr Fauzi Mohamad sedang berada di sana untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan itu.

Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya.

 Menurut Fauzi lagi, beliau dan isterinya, Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali pergi  bertemu kedua-dua pemuda itu.  

Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap polis.  

Sumber: Bernama 

Kehilangan Mohamad Shafa dan Kamarol Arifin masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang disahkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada pukul 2 petang 29 Mac yang lalu untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo.


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)