misteri kehilangan sharifah amani akhirnya terjawab

Sumber foto: cinema.com.my

Kehilangan pelakon Sharifah Amani dari dunia lakonan akhirnya terjawab apabila dia mengakui agak bersifat selektif dalam memilih skrip berkualiti yang memerlukannya memegang watak mencabar sahaja.

Menerusi Instagram, seorang peminat bernama Alongfina memuat naik sebuah paparan skrin perbualan Amani dengan seorang pengikut akaun Twitter yang bertanyakan tentang kerjaya lakonannya yang sudah agak sekian lama 'senyap'.

misteri kehilangan sharifah amani akhirnya terjawab 1

misteri kehilangan sharifah amani akhirnya terjawab 2

misteri kehilangan sharifah amani akhirnya terjawab 3

misteri kehilangan sharifah amani akhirnya terjawab 4

misteri kehilangan sharifah amani akhirnya terjawab 5

Saya masih berlakon. Saya tak pernah berhenti. Saya hanya pilih apa yang saya mahu kerana ia adalah tanggungjawab saya untuk beri yang terbaik untuk anda.

Saya cuba yang terbaik untuk memilih dan melakukan kerja yang bagus tapi makin lama makin susah nak dapat jalan cerita dan watak yang baik. Kita perlukan penulis yang lebih bagus.

Tambahan pula, zaman sekarang ini apa yang penting adalah mempunyai jumlah pengikut yang besar. Saya tak kisah tentang populariti. Saya hanya mahu menyampaikan cerita yang jujur. Insya-Allah.

Difahamkan, pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya (31 tahun) yang juga merupakan pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2006 itu kini sedang berada di Itali namun tujuannya tidak dapat dipastikan.

Drama lakonan terakhir Amani berjudul 'Selamat Tinggal Aidilfitri' yang ditayangkan pada 23 Jun lepas manakala filem lakonannya ialah 'Pekak' pada tahun 2016.

Sumber berita: mStar Online


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)