Kredit foto: Astro Gempak & BH Online

Suatu ketika dahulu namanya pernah menyerlah dalam program Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3) hingga diberi jolokan sebagai Mariah Carey Malaysia.

Namun sinar bintangnya semakin pudar hingga akhirnya dilupakan terus daripada industri seni tempatan.

Dalam wawancara terbaru bersama peserta AF Megastar, Idayu, dia meluahkan apa sebenarnya yang terjadi sepanjang kehilangannya selama hampir 12 tahun itu.

Menurut penyanyi lagu Egosentrik itu, dia sebenarnya ingin terus kekal dalam kerjaya nyanyian yang diceburi, namun peluang dan tawaran tidak memihak kepadanya. 

Saya tidak pernah menyepi tetapi ketiadaan peluang untuk muncul di televisyen atau tampil dengan lagu baru menyebabkan saya tenggelam. Ia bukan pilihan saya tetapi saya reda kerana sedar diri bukanlah sesiapa dalam industri muzik tempatan.
Sumber: Mstar

Pada masa yang sama, Idayu memberitahu, dia bakal menggunakan peluang yang diberikan dalam program AF Megastar sebaik mungkin bagi menebus kembali kesilapan ketika beraksi di AF3 dahulu.

Ini berikutan penyanyi berusia 32 tahun ini menganggap program tersebut sebagai medium terbaik untuk membuktikan bakatnya yang sebenar.

Saya tidak mahu bersaing tetapi melihat AF Megastar sebagai platform paling baik untuk saya menyerlahkan kembali bakat sebagai penyanyi. Ini adalah peluang terakhir saya dan akan buat sebaiknya bagi menebus kembali semua kesilapan 12 tahun lalu. Jika tidak kerana suami mungkin saya tidak akan hadir ketika dipanggil untuk uji bakat program ini. Ketika proses uji bakat pun memang saya berikan sehabis baik dengan menyanyikan tiga buah lagu kerana tahu ini adalah peluang terakhir saya.
Sumber: Mstar

Sepanjang kehilangannya dalam industri seni, Idayu berkata, dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang dikendalikan bersama suami, Shahrul Fadzil. Bidang nyanyian pula masih menjadi keutamaan, namun tawaran yang diterima tidak banyak.

Kalau rindu saya menyanyi dekat Smule dan jika ada undangan saya pergi tetapi tidak banyak seperti dahulu. 
Sumber: Mstar 



Hakcipta iluminasi.com (2017)