Kredit foto: Instagram Ernie Zakri

Dek kerana tidak berpuas hati dengan kualiti audio, penyanyi Ernie Zakri memuat naik semula video lirik single baharunya berjudul Misteri di laman Youtube. 

Ernie mengaku tidak menyesal walaupun video pertama yang dimuatnaik pada 27 Mac lalu itu telah mencecah lebih 100,000 tontonan.

misteri ernie zakri hilang akhirnya terjawab 2

Kredit foto: Instagram Ernie Zakri

"Saya memuat naik video lirik itu pada 27 Mac lalu, namun kerana audionya kurang memuaskan mungkin kerana masalah teknikal, saya padam dan muat naik semula pada 29 Mac lalu.

"Walaupun saya kehilangan lebih 100,000 tontonan, tidak mengapa kerana saya tak mahu penonton menonton video lirik dengan audio yang tidak berkualiti," katanya menurut portal Harian Metro.

Ernie membuat kenyataan tersebut sewaktu majlis ramah mesra bersama kelab peminatnya, Ernie Nators.

Dalam pada itu, Juara Bintang RTM 2009 itu berkata, apa yang lebih penting baginya adalah untuk melihat video itu bertahan lama dan terus 'malar segar' walaupun selepas beberapa tahun. 

misteri ernie zakri hilang akhirnya terjawab 3

Kredit foto: Instagram Ernie Zakri

"Saya tak mahu ia bertahan untuk tempoh singkat. Jadi, walaupun ia sekadar video lirik biarlah ia berkualiti kerana akan ditonton lagi beberapa tahun akan datang.

"Saya tak mahu nanti kalau saya dah ada anak, mereka akan tanya kenapa kualiti lagu saya seperti itu," katanya.

Apapun, Ernie berkata, dia  terlebih dahulu membuat perbincangan dengan pihak pengurusan labelnya, FMC Music sekiranya mereka mempunyai masalah dengan tindakannya itu.

"Pengurusan saya juga berkata tidak ada masalah dan mereka setuju untuk saya memuat naik semula video itu dengan kualiti yang lebih baik," katanya.

Video lirik ciptaan Gouffran dan Sang Hitam yang dimuatnaik buat kali kedua itu telahpun meraih 54,000 tontonan dan menerima respon positif daripada rata-rata netizen.




Hakcipta iluminasi.com (2017)