Oleh pada 25 Aug 2017 kategori

Antara misteri paling popular yang masih belum dapat dirungkai adalah misteri mengenai kehilangan pesawat dan kapal di kawasan Segi Tiga Bermuda. Kawasan ini juga digelar Devil's Triangle kerana dianggap kawasan misteri yang telah meragut banyak nyawa.

Kawasan Segi Tiga Bermuda ini sangat luas merangkumi kawasan seluas 700 000km persegi daripada Puerto Rico dan kepulauan Bermuda di Lautan Utara Atlantic.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seorang saintis daripada Australia bernama Dr. Karl Kruszelnicki berpendapat, tiada apa yang misteri mengenai kes-kes kehilangan pesawat dan kapal di kawasan tersebut sebaliknya ianya adalah akibat daripada kesilapan manusia (human error) semata-mata.

Sejak 100 tahun yang lalu, kawasan ini telah meragut kira-kira 1000 nyawa, 20 kapal terbang dan 50 buah kapal. Kes awal kehilangan disini direkodkan ketika Perang Dunia Pertama lagi. Berikut antara kes kehilangan yang popular dilaporkan berlaku di kawasan ini:

kapal terbang segi tiga bermuda

1. USS Cyclops - Kapal besar yang membawa 309 orang ini digunakan untuk membekalkan bekalan minyak ketika perang dunia pertama. Malangnya, ia tidak tiba ke destinasi pada masa yang sepatutnya. Pasukan pencari telah dikerahkan untuk mengesan kapal ini mengikut laluan perjalannya. Malangnya, tiada tanda-tanda yang dijumpai.

2. Flight 19 - Kapal terbang ini dilaporkan hilang selepas berlepas daripada US Naval Air Station di Florida pada 1945. Pasukan penyelamat yang dianggotai 13 orang krew telah diarahkan untuk mengesan kapal terbang ini malangnya mereka turut hilang dan tidak dapat dikesan. 

Pendapat Dr Kruszelnicki

konspirasi segi tiga bermuda

Mengikut statistik, jumlah kes kehilangan kapal terbang yang dilaporkan di kawasan ini adalah lebih kurang dengan kes kehilangan di tempat lain. Mengenai kes kehilangan Flight 19, beliau menyatakan hanya satu orang sahaja krew dalam pesawat tersebut yang berpengelaman manakala yang selebihnya tidak. Kapten yang bertugas ketika itu, Lieutenant Charles Taylor juga didapati mempunyai rekod buruk membuat kesalahan asas ketika penerbangan sebelum ini.

Menurut beliau lagi, Segi Tiga Bermuda sama seperti kawasan perairan lain yang luas. Terdapat banyak teori konspirasi mengenai kes-kes kehilangan ini antara yang popular adalah alien, cuaca buruk dll.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)