Oleh pada 13 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Mamat Khalid & Wikipedia

Sutradara filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid memberikan respon susulan ada pihak yang mendakwa filem Hantu Kak Limah arahannya, mempunyai persamaan dengan filem komedi seram Pee Mak.

Menyifatkan faktor geografi dan format komedi antara Malaysia dan Thailand hampir serupa, Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohd Khalid, menganggap apa yang berlaku itu hanyalah secara kebetulan, malah tidak ada mana-mana pihak yang meniru sesiapa.

hantu kak limah ciplak filem thailand pee mak ini penjelasan mamat khalid 2

Kredit foto: Astro Gempak

"Penonton rasa sama sebab ada set rumah, sungai dan jeti. Orang mesti akan kaitkan dengan Pee Mak.

"Tetapi Pee Mak (2013) diterbitkan pun selepas Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010).

"Nak kata saya ikut dia, dia ikut saya pun susah sebab keadaan geografi di negara kita dan Thailand seakan sama.

"Malah, lawak pun kedengaran lebih kurang serupa cuma bahasa berbeza. Kalau kebetulan sama itu maksudnya semangat kita serumpun," katanya kepada Astro Gempak.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold yang berada di pawagam sejak Khamis lalu itu merupakan kesinambungan kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Hantu Kak Limah kini ditayangkan di 133 buah pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Dibintangi nama-nama terkemuka seperti Dalimawati Ismail, Datuk Awie, Rab Khalid, Sharwani NS, TJ Isa, Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan ramai lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)