Oleh pada 11 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Filem Hantu Kak Limah (HKL) melakar fenomena tersendiri apabila mencipta dua rekod seawal tayangannya di pawagam.

Kejayaan pertama apabila filem ini berjaya menjadi filem tempatan pertama yang meraih kutipan tertinggi iaitu RM650,000 pada hari pembukaannya ataupun “sneak preview”, 8 Ogos lalu.

cipta sejarah inilah kutipan hari pertama filem hantu kak limah yang mengejutkan 2

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Manakala yang kedua, HKL sekali lagi membuat kejutan kerana kutipan diperoleh pada hari pertama tayangan (9 Ogos) mencecah sehingga RM1.8 juta!

Ia sekaligus meletakkan HKL di tangga pertama dalam carta kutipan tertinggi di hari pembukaan seterusnya mencatat sejarah kepada filem hasil kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini, yang disiarkan di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Tidak terkecuali, filem bergenre komedi seram arahan Mamat Khalid itu bakal menemui penonton di Singapura bermula hujung minggu.

Ia dibintangi nama-nama popular seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

TAYANGAN PERDANA 22 MINIT FILEM HANTU KAK LIMAH




Hakcipta iluminasi.com (2017)