Oleh pada 22 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, Hantu Kak Limah (HKL) menerima kutipan RM20.5 juta hanya dalam tempoh 11 hari tayangan sahaja, seterusnya membenamkan rekod kutipan Abang Long Fadil 2 (terbitan Astro Shaw & Skop Productions) yang terdahulunya meraih RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

dalam 11 hari sahaja kutipan hantu kak limah paling tinggi dalam sejarah ini jumlahnya 2

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Sementara itu, ia merupakan rekod keempat HKL selepas memecah rekod kutipan tertinggi melebihi RM650,000 di hari pembukaan pada 8 Ogos lalu, diikuti cecahan RM1.8 juta pada hari pertama dan kutipan RM13.6 juta hanya dalam tempoh seminggu.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim bersama pengarah Mamat Khalid, para pelakon dan keseluruhan tenaga produksi filem menzahirkan penghargaan kepada penonton Malaysia, Brunei, Singapura serta pihak media dan rakan pemamer atas sokongan berterusan yang diberikan hingga meletakkan HKL kini sebagai filem dengan pungutan kutipan tertinggi dalam sejarah. 

Teruskan memberikan sokongan kepada HKL kerana karya komedi seram ini masih rancak ditayangkan di 146 buah pawagam.

Antara pelakon yang terlibat menjayakannya termasuk Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz dan ramai lagi.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)