Oleh pada 05 Apr 2018 kategori

dakwaan filem dukun diharamkan adalah tidak benar rupa rupanya 1

Kredit foto: Utusan Online

Ada desas-desus mengatakan filem Dukun arahan Dain Said 'terperap' selama 12 tahun kerana diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Begitupun, Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, dalam kenyataannya kepada Harian Metro, menangkis dakwaan tersebut.

Rupa-rupanya ia hanyalah strategi pemasaran Astro Shaw dalam menanti ketibaan waktu yang sesuai untuk ditayangkan di pawagam.

“Pihak LPF tidak pernah mengharamkan tayangan filem ini sebaliknya hanya andaian orang ramai selepas lama tertangguh.

“Setiap tahun Astro Shaw menerbitkan lebih empat filem jadi kami mahu pastikan tayangannya tepat pada waktu. Ia juga strategi pemasaran terbaik supaya dapat menarik lebih ramai penonton menyaksikan filem tempatan,” katanya.

Tambahnya, filem 'Dukun' sudah diluluskan sejak hujung tahun 2006 lagi, meskipun terdapat lima aksi berunsur ganas dan khurafat yang terpaksa dipotong sebelum menemui penonton di panggung mulai hari ini.

dakwaan filem dukun diharamkan adalah tidak benar rupa rupanya 2

Kredit foto: hanshanis.com

“LPF memberi klasifikasi P13 kepada filem Dukun dan membuang lima aksi namun ia tidak menjejaskan jalan ceritanya.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan menyokong filem tempatan kerana hanya tiga peratus filem tempatan yang berjaya mengungguli carta Box Office di Malaysia tahun lalu,” katanya.

Filem dalam kategori klasifikasi P13 menuntut penonton berusia bawah 13 tahun untuk mendapat pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga sewaktu tayangan filem.

Klasifikasi P13 merujuk kepada kandungan berunsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami serta unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

Filem yang siap sepenuhnya pada tahun 2006 ini dilakonkan nama-nama tersohor dalam industri filem tempatan seperti Datin Paduka Umie Aida, Adlin Aman Ramlie, Namron dan Bront Palarae.

Mengenai dakwaan filem ini diinspirasikan daripada kes jenayah berprofil tinggi, Najwa menyarankan agar netizen menyaksikan sendiri filem itu sebelum memberi sebarang ulasan.

“Jalan cerita banyak berkisar mengenai seorang peguam kehilangan isteri dan anaknya.

“Banyak pengajaran bakal ditimba penonton dan ia tiada kena mengena dengan sesiapa,” katanya.

Dukun berkisarkan seorang ahli perniagaan bernama Datuk Jefri (Adlin Aman Ramlie) menerima bantuan Diana (Umie) untuk menjadikan dirinya kebal serta meningkatkan jualan bisnesnya.


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)