Semua sukan mempunyai terma khas kata mereka sendiri, iaitu lingo singkatan untuk menyampaikan selok-belok peraturan dan cara permainan sesuatu sukan itu. Namun begitu, biasanya sistem pemarkahan sesuatu sukan itu biasanya mudah difahami - namun tidak bagi sukan tenis.
Dalam sukan bola misalnya, apabila sesebuah pasukan menjaringkan gol maka mereka akan diberikan 1 markah atau gol. Pasukan dengan jaringan terbanyak sehingga masa perlawanan tamat dikira sebagai pemenang. Namun sekiranya jaringan gol adalah sama, maka keputusan dianggap segi.
BESARKAN TEKS A- A+
Dalam sukan bola keranjang pula, setiap jaringan pemain diberi 2 poin. Namun, pemain juga berpeluang mendapat 3 poin sekiranya membuat balingan dari luar garisan khas yang dikenali sebagai "three-point field goal". Pemain juga boleh mendapat 1 poin melalui balingan bebas (free throw).
Namun, bagi tenis kiraan permainannya mengunakan kiraan 15, 30, 45 dan seterusnya. Daripada manakah asal-usul di sebalik sistem pemarkahan yang unik ini?
Memahami sistem mata sukan tenis
Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.
Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0. Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.
Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.
Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya pula dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseorang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set.
Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya.
Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.
Persoalannya, mengapakah kiraan mata 15, 30, 40 ini di digunakan?
Sejarah sistem kiraan mata
Ahli sejarah bersetuju bahawa sistem pemarkahan tradisional yang masih digunakan hari ini bermula sejak awal kewujudan sukan tenis. Dalam perlawanan tenis antara Henry V dan French Dauphin, seperti yang ditulis dalam puisi, beberapa tahun selepas Pertempuran Agincourt 1415, terdapat banyak rujukan kepada nombor 15, 30 dan 45.
Mengapa bukan 1 hingga 4 bukannya 15, 30, 40? Salah satu teori yang paling diterima mengenai ini bermula pada zaman pertengahan Perancis.
Adalah dipercayai oleh ramai bahawa versi tenis terawal - dikenali ketika itu sebagai 'Jeu de Paume' - bertanggungjawab untuk sistem pemarkahan yang digunakan kini. Gelanggang berukuran 45 kaki pada setiap sisi jaring. Setiap pemain akan bermula di belakang, tetapi apabila mereka menjaringkan gol, mereka akan bergerak ke hadapan 15 kaki.
Selepas bergerak ke hadapan 15 kaki dua kali, mereka hanya boleh bergerak ke hadapan 10 kaki (oleh itu jumlahnya 40 berbanding 45) untuk mengelak daripada berada tepat di atas jaring.
Teori lain mencadangkan muka jam digunakan untuk mengekalkan skor, dengan suku pergerakan jarum minit menunjukkan skor 15, 30, dan 45. Teorinya mengatakan bahawa 45 telah ditukar kepada 40 apabila konsep memenangi permainan dengan dua mata diperkenalkan untuk memberi ruang kepada kelebihan, yang diletakkan pada 50 lewat sejam.
Pada zaman pertengahan, beberapa jam di katedral Perancis dan Inggeris mempunyai dail minit dan bertol setiap 15 minit, jadi teori ini tidak boleh diketepikan sepenuhnya.
Kredit: