0.048 gram emas, 0.26 gram perak dan 12 gram gangsa. Itulah logam yang dapat dikitar semula daripada sebuah telefon mudah alih yang menyumbang kepada lebih kurang 5,000 pingat Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo pada tahun 2020. Lebih 80,000 telefon bimbit dan pelbagai perkakas elektronik kecil telah didermakan terus ke bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo (TMG) dengan harapan organisasi dan masyarakat yang terlibat berasa seperti peserta yang aktif dalam sukan berprestij itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini hanyalah salah satu rintangan kecil TMG dalam usaha mereka untuk menjadikan Tokyo sebagai sebuah bandar yang lestari bagi Tokyo 2020 dan masa hadapan.

Kali terakhir Tokyo menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik adalah pada tahun 1964 dengan kereta api berkelajuan tinggi, sistem lebuh raya dan pelbagai kemajuan infrastruktur yang mencipta sebuah legasi yang menjadi pemacu perkembangan ekonomi di negara matahari terbit itu. Hari ini, bandar itu lebih fokus mengumpil Sukan Tokyo 2020 untuk menjadi model bagi sebagai masyarakat yang lestari dengan menggunakan sukan itu untuk lebih memakmurkan ekonomi, inisiatif memelihara alam sekitar dan juga memperbaiki kualiti hidup melalui inovasi baru.

jepun sukan olimpik tokyo 2020 pingat recycle kitar semula pelihara alam sekitar

Tokyo berharap walaupun setelah tamatnya sukan itu pada tahun 2020, kerja-kerja ini masih diteruskan sehingga dapat menjadi masyarakat berkarbon rendah dengan mengurangkan penggunaan tenaga dan pengeluaran gas rumah hijau sebelum tahun 2030 selari dengan Perjanjian Paris yang telah ditandatangani.

Semasa Sukan Olimpik itu berlangsung, kerajaan merancang untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida kepada sifar semasa empat hari upacara pembukaan dan penutupan. TMG juga akan menggunakan kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT) dan teknologi persekitaran untuk mencapai emisi sifar pada masa hadapan.

Selain itu, TMG juga akan menggunakan tenaga solar, angin dan pelbagai sumber lain untuk menghasilkan hidrogen yang bebas karbon dioksida.

matlamat pembangunan lestari sustainable development tokyo olimpik 2020 metropolitan

Penggunaan tenaga boleh baharu di bandar itu hanyalah 11% daripada jumlah penggunaan elektrik pada tahun 2015. Justeru, TMG berharap jumlah ini dapat ditingkatkan menjadi 30% sebelum tahun 2030. Mengurangkan penggunaan tenaga juga adalah penting dalam menjamin kejayaan inisiatif ini. Oleh itu, banyak program penjimatan tenaga dijalankan kepada bangunan-bangunan di sekitar Tokyo untuk mencapai 38% penjimatan berbanding tahun 2000.

jepun sukan olimpik tokyo 2020 pingat recycle kitar semula pelihara alam sekitar perdana menteri

Jepun sememangnya dikenali sebagai kuasa ekonomi besar dunia dengan KDNK sekitar USD850 bilion setiap tahun hingga layak diangkat menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia. Ibu negaranya, Tokyo, bukan sekadar sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Kawasan pergunungan memukau yang mengelilingi wilayah itu hanyalah sekitar satu jam perjalanan sahaja dari deretan bangunan pencakar langit yang memberikan karakter kepada kota metropolitan itu. Pulau-pulau indah yang masih berada dalam kawasan Tokyo Metropolitan juga boleh dijejaki dalam masa kurang dari sejam perjalanan menggunakan kapal terbang. Atas dasar itu, TMG bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan baru dan pelbagai jenis infrastruktur pengangkutan yang membolehkan pelancong bergerak dengan mudah.

jepun sukan olimpik tokyo 2020 pingat recycle kitar semula pelihara alam sekitar perdana menteri jepun

Walaupun kota itu merupakan sebuah bandar yang berteknologi tinggi, ia masih lagi mampu mengekalkan tradisi Jepun yang sudah berusia berabad-abad lamanya. Kekuatan jati diri masyarakat yang bergerak seiring dengan peredaran zaman seperti itulah yang kita patut teladani.




Hakcipta iluminasi.com (2017)