Oleh pada 02 Apr 2018 kategori

Apabila seseorang atlet bermain dalam permainan sukan, mereka bukan sahaja perlu berlatih strategi dan taktik untuk menumpaskan pihak lawan. Walaupun ada sesetengah permainan sukan diadakan dalam kawasan yang lebih kecil seperti sebuah gelanggang, atlet-atlet ini masih perlu banyak melakukan latihan larian kerana mereka perlu banyak berlari dalam satu-satu perlawanan.

Ada sesetengah permainan sukan memerlukan atlet untuk berlari lebih banyak berbanding sukan yang lain. Dalam sebuah perlawanan bola sepak Piala Dunia misalnya, seorang pemain perlu berlari sejauh 11.3km ke sana ke mari sehingga wisel dibunyikan. Mari kita lihat sejauh mana seseorang pemain perlu berlari dalam setiap perlawanan sukan berikut:

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Besbol: 0.6 km

Ini hanyalah anggaran umum yang dikira berdasarkan statistik pemain harapan Los Angeles Angels iaitu Mike Trout dalam Liga Utama Besbol tahun 2015. Jarak setiap tapak adalah 90 kaki (27.4m). Jika ditambah jarak kesemua tapak (singles, doubles, triples, and home runs) yang dilogkan oleh Mike Trout sepanjang musim, dia hanya berlari kurang dari 9.6km. Dalam satu perlawanan, jarak larian Mike hanyalah sekitar 0.6km.

5. Bola sepak Amerika: 2.0 km 

jarak larian pemain bola sepak amerikal dalam satu perlawanan sukan

Pemain bola sepak Amerika tidak mempunyai banyak masa untuk bergerak jauh walaupun mempunyai padang berkeluasan hampir 100 meter. Menurut Wall Street Journal, purata masa perlawanan NFL hanyalah 11 minit di mana pemain bergerak paling banyak. Posisi penerima dan cornerback berlari paling banyak iaitu sekitar 2km dalam satu permainan. 

4. Bola keranjang: 4.1 km

jarak larian pemain bola keranjang dalam satu perlawanan sukan

Teknologi yang semakin canggih membolehkan jurulatih dan ahli statistik memantau pencapaian pemain NBA dalam masa nyata termasuklah mengetahui jarak pergerakan dalam setiap perlawanan. Menurut NBAMiner.com yang menjejaki statistik pemain, pada tahun 2016 Jimmy Butler yang mewakili pasukan Chicago Bulls mempunyai larian paling jauh dengan 4.4km.

3. Tenis: 4.8 km

jarak larian pemain tennis dalam satu perlawanan sukan

Jarak larian dalam permainan tenis bergantung kepada gaya bermain dan tempoh perlawanan. Namun, seorang pemain yang kompetitif boleh berlari sehingga 8km sambil mengejar bola. Dalam perlawanan paling panjang yang pernah direkodkan di Wimbledon pada tahun 2010, dianggarkan John Isner dan Nicholas Mahut berlari sejauh 9.7km dalam perlawanan yang memakan masa 11 jam 5 minit itu.

2. Hoki: 9.0 km

jarak larian pemain hoki dalam satu perlawanan sukan

Menurut Tribesports, seorang pemain hoki dalam satu perlawanan berlari lebih banyak berbanding sukan yang lain. Mereka boleh menggelecek, mengejar dan mempertahankan bola sambil berlari sehingga 16km dalam masa 70 minit perlawanan.

1. Bola sepak: 11.3 km

jarak larian pemain bola sepak dalam satu perlawanan sukan

Padang yang luas, bola yang bergerak pantas dan pemain yang jarang digantikan semasa perlawanan bermakna larian seorang pemain bola sepak adalah yang paling jauh antara kesemua sukan yang lain. Menurut SportVU, sebuah permainan selama lebih 90 minit, pemain tengah merekodkan larian paling jauh sehingga pernah mencecah 15.3 km.

Sumber:

1. SportVU

2. ESPN

3. Wall Street Journal

4. NBA

5. TribeSports




Hakcipta iluminasi.com (2017)