cedera di medan perang

Dalam filem perang tahun 1998 yang bertajuk "Saving  Private Ryan", ada sebuah adegan di mana seorang askar, Irwin Wade, telah tercedera parah setelah ditembak oleh musuh. Kemudian, beliau terbaring di atas tanah dan dikerumuni rakan-rakan pasukannya.

Sementara mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan, mereka akan memastikan askar yang tercedera itu untuk kekal dalam keadaan berjaga sambil memberitahu beliau akan selamat dan dibawa ke hospital dalam keadaan segera.

Situasi di atas merupakan satu keadaan yang biasa digambarkan dalam filem-filem berlatarbelakangkan zaman peperangan tidak kira sama ada filem keluaran luar atau dalam negara. Keadaan ini secara tidak langsung "mengajar" penonton betapa pentingnya memastikan individu yang tercedera berada dalam keadaan sedar dan tidak tertidur.

Terdapat juga kepercayaan bahawa sekiranya seseorang yang cedera parah itu terlelap atau tidur, itu bermakna individu tersebut akan meninggal dunia atau mempunyai peluang tipis untuk diselamatkan. Namun, adakah pendapat ini benar? Apakah rasionalnya individu yang tercedera "dipaksa" sentiasa berada dalam keadaan sedar?

Penciptaan unsur saspens dalam filem

filem perang 251

Kepercayaan bahawa seseorang harus memastikan pesakit yang sakit atau tercedera parah terjaga kebanyakannya merupakan satu konsep yang sudah tertanam dalam kepercayaan kita secara tidak sedar kerana sudah banyak menyaksikannya dalam filem.

Dalam filem, kebiasaannya seseorang pelakon akan menjerit kepada mangsa yang tercedera untuk menambah tekanan dan unsur emosi dalam filem. Secara tidak langsung akan membuatkan penonton berdebar-debar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada pesakit tersebut.

Kecederaan boleh datang dalam banyak bentuk dan terdapat situasi-situasi tertentu di mana mangsa boleh tidak sedarkan diri atau pengsan kerana kehilangan darah yang terlalu banyak. Namun, itu tidak bermakna mangsa akan meninggal dunia.

Maka, pendapat yang mengatakan sekiranya mangsa yang tercedera parah "terlelap" akan meninggal dunia, itu semestinya tidak betul dan pendapat yang tidak berasas. Namun, itu tidak bermakna anda tidak perlu memastikan mangsa dalam keadaan sedar kerana ada juga beberapa kelebihannya daripada spek perubatan.

Memastikan mangsa dapat bernafas

sesak nafas

Salah satu kelebihan utama anda perlu memastikan mangsa dalam keadaan sedar adalah "jaminan" mangsa masih hidup. Mungkin kedengaran pelik, tapi sekiranya anda merupakan individu yang cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak mempunyai ilmu perubatan, melihat mangsa dalam keadaan sedar sudah cukup memberikan anda kelegaan mangsa masih "selamat".

Bagi seseorang yang tidak benar-benar tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu pesakit sehingga ambulans tiba, memastikan pesakit terjaga adalah cara terbaik untuk memastikan saluran udara dan organ pentingnya masih berfungsi dengan baik. Atau sekurang-kurangnya sehinggalah bantuan perubatan tiba.

orang tercedera hampir pengsan koma perlu disedarkan

Selain itu, pesakit yang berada dalam keadaan sedar sepenuhnya boleh memberikan maklumat penting kepada pembantu perubatan seperti bagaimana mereka tercedera, bahagian mana paling sakit dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini penting bagi memudahkan doktor atau pembantu perubatan merawat mereka.

Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, antara perkara terawal yang perlu dilakukan oleh pegawai perubatan adalah memastikan saluran pernafasan mangsa tidak terhalang dan berfungsi dengan sempurna. Namun, apabila mangsa berada dalam keadaan sedar, perkara ini tidak lagi menjadi kerisauan memangka mereka boleh memaklumkan sendiri sekiranya menghadapi kesukaran bernafas.

Mengetahui tahap kewarasan pesakit

mangsa kecederaan 611

Selain memastikan mangsa dapat bernafas dengan sempurna, pegawai perubatan biasanya akan memastikan tahap mental mangsa. Dalam erti lainnya, memastikan mangsa dapat berfikiran waras. 

Dalam hal ini, sekiranya mangsa dalam keadaan sedar, maka lebih mudah tugasan seorang pegawai perubatan dalam memastikan tahap kesihatan mental pesakit denngan bertanya beberapa soalan mudah seperti nama, hari, waktu dan sebagainya. 

Dengan mengetahui mangsa masih waras, maka pihak pembantu perubatan tidak perlu beras gusar akan keshihan maklumat yang diberikan oleh mangsa kerana tahu dan yakin ianya benar.

Menjana haba dari badan

menggigil 667

Jika mangsa yang cedera terkandas di tempat yang mempunyai keadaan suhu rendah, berada dalam keadaan berjaga boleh menjadi perbezaan antara hidup dan mati. Berada dalam keadaan terjaga membolehkan mangsa terus menggerakkan badan mereka, seterusnya menghasilkan haba badan.

Walau bagaimanapun, mangsa yang tidak sedarkan diri atau tidur tidak dapat berbuat demikan. Oleh itu, peluang mereka untuk bertahan hidup mungkin berkurangan terutamanya jika mereka terdampar di tempat yang sangat sejuk untuk waktu yang lama.

Kredit:

  1. Slate
  2. NY Times


Hakcipta iluminasi.com (2017)