negeri dengan statistik rogol tertinggi

Dengan anggaran 3000 kes rogol dilaporkan setiap tahun di negara kita, kadar jenayah rogol di negara kita walaupun masih lagi boleh dikatakan tinggi, sebenarnya sudahpun menjalani penurunan laporan ketara jumlah laporan kes semenjak 2011.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang membimbangkan berkenaan jenayah rogol ini. Mengikut statistik, sehingga tahun 2017 - sebanyak 5 kes rogol kanak-kanak berlaku setiap hari di negara kita dengan 13,272 kes dilaporkan semenjak 2010 lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam jenayah melibatkan kanak-kanak pula, majoriti kes melibatkan jenayah rogol, sementara selebihnya pula melibatkan kes penderaan seksual kanak-kanak seperti perbuatan mencabul, sumbang mahram atau melakukan seks luar tabii.

5 Negeri Tertinggi Kes Rogol di Malaysia

rogol dan cabul

Tahukah anda negeri mana di Malaysia mencatatkan jumlah kes rogol paling banyak setakat ini? Sehingga tahun 2017, negeri Selangor dan Johor kerap mencatatkan jumlah kes rogol tertinggi di Malaysia setiap tahun bersilih ganti. Bagaimanapun, angka kes rogol di Johor adalah yang paling tinggi di negara kita dengan di Johor saja mencatatkan 15.73 peratus jumlah kes seluruh negara.

Berita yang sedikit melegakan, jumlah kes di kedua-dua negeri semakin berkurangan dengan Johor mencatatkan penurunan mendadak semenjak 2013. Negeri Selangor juga mencatatkan penurunan stabil bermula pada tahun 2012 namun tetap mendahului, apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain di negara kita.

Beberapa negeri lain yang kerap mencatatkan jumlah lebih 200 kes setahun berkenaan jenayah rogol pula adalah Kedah, Kelantan dan Sabah.

Golongan mana paling banyak menjadi mangsa rogol?

kes rogol tertinggi malaysia

Dalam laporan yang dibentangkan dalam Parlimen sehingga tahun 2015, kebanyakan kes rogol di Malaysia melibatkan golongan yang berumur 13 ke 15 tahun dalam kelompok paling ramai.

Agak mengejutkan bukan? Mengapa ini berlaku? Secara purata 45% mangsa kes rogol datang dari golongan 13 hingga 15 tahun setiap tahun atau 45%, berbanding kumpulan umur lain, dengan kumpulan 16 ke 18 tahun mencatatkan 25% dan atas 18 tahun mencatatkan 23%.

Bagi kes rogol bawah 12 tahun pula, peratusannya berada pada kadar 7% bagi semua kes rogol dilaporkan daripada 2013 hingga 2015.

Adakah ini berlaku kerana 13 ke 15 tahun adalah masa di mana seseorang itu terlalu mudah terikut-ikut dengan sesuatu yang baru, mengejar kebebasan dan mencuba terlalu gigih untuk menempatkan diri dalam satu kelompok yang diinginkan?

Apa yang lebih menakutkan adalah majoriti mangsa rogol sebanyak 86% mengenali suspek perogol berbanding mereka yang tidak mengenali suspek, yang hanya mencatatkan 14 peratus.

Apa yang boleh kita belajar daripada statistik itu? Kawalan ibu bapa pada anak-anak adalah sesuatu yang perlu kita tekankan. Ibu bapa perlu masuk campur hidup anak dan tidak mengamalkan kaedah barat dalam ilmu keibu bapaan, di mana anak-anak diberikan kebebasan sepenuhnya untuk meneroka hidup dengan supervisi minima daripada ibu bapa.

Kesakitan mental pelaku

kes rogol

Bagi kes sumbang mahram pula, negeri Sabah mencatatkan jumlah laporan kes paling tinggi di negara kita, dengan jumlah 14.64 peratus daripada keseluruhan kes sumbang mahram. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi bagi kes luar tabii dan pencabulan, dengan 20.39 peratus kes luar tabii dan 17.4 peratus bagi kes cabul.

Perkara yang paling membimbangkan sebenarnya adalah kelemahan undang-undang negara kita dalam mengawal kes rogol seperti ini, kerana tidak ramai suspek berjaya dihukum dan terpaksa dilepaskan.

Bagi tempoh tahun 2015 sahaja sebagai indikasi, sebanyak 2124 kes dilaporkan di negara kita dengan hanya 427 suspek dikenakan tuduhan melakukan jenayah rogol. Daripada 427 tuduhan itu pula, hanya 42 kes berjaya disabitkan kesalahan dengan selebihnya terpaksa dibebaskan, diteruskan bicara atau ditangguhkan perbicaraan.

Statistik suspek yang berjaya dijatuhkan hukuman atas kesalahan rogol di negara kita agak rendah. Dalam tempoh 3 tahun dari 2013 hingga 2015, sebanyak 7,240 kes rogol dilaporkan namun hanya 1,468 kes dibicarakan dan 101 kes berjaya dibuktikan bersalah.

Solusi apa yang ada?

rogol cabul paksa

Sukar untuk diperkatakan apa solusi kepada masalah rogol di negara kita, kerana tidak nampak apa solusi yang jelas kepada masalah ini. Pendidikan adalah jalan penyelesaian bersifat jangka masa panjang tetapi untuk mengambil pendidikan sebagai satu pendekatan berbentuk solusi, adalah tidak realistik sama sekali.

Walaupun begitu, jelas sekali berlaku penurunan pada jumlah kes rogol yang dilaporkan di negara kita. Kami tidak mampu berbincang apa solusi yang patut anda lakukan bagi menangani masalah ini. Apa yang kami cuba sampaikan di sini adalah amaran awal bagi anda semua.

Sebagai ahli masyarakat, berhati-hatilah dengan mana-mana saja individu yang kita kenali yang mempunyai potensi untuk melakukan jenayah rogol pada diri kita, khasnya kenalan atau teman lelaki. Ibu bapa pula haruslah lebih ketat mengawasi anak-anak anda kerana jelas sekali sasaran perogol bukanlah wanita dewasa, tetapi lebih kepada anak-anak muda yang baru beralih ke tahap remaja.

Bimbingan, sokongan dan pemerhatian yang lebih baik diperlukan bagi mengelakkan generasi muda kita dirosakkan oleh individu-individu durjana yang hidupnya berlandaskan hawa nafsu semata-mata.

Selagi masyarakat memainkan peranan, kita mungkin tidak mampu mencapai sifar rogol tetapi kita mampu mengurangkan kebarangkalian kes rogol berlaku pada orang kesayangan kita.

Rujukan

Statistik kes rogol yang dilaporkan di Malaysia

Berita Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)