Sambungan signal telefon bimbit adalah bergantung kepada isyarat yang diperoleh dari menara telefon bimbit yang berdekatan.

Semakin dekat anda dengan menara, maka semakin kuat isyarat yang anda terima. Walaupun isyarat telefon bimbit dapat menembusi kebanyakan bahan dengan mudah, namun ia boleh dihentikan oleh bahan pepejal tebal, seperti logam atau batu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Anda mungkin perasan, semasa memandu di kawasan yang bergunung dan bercenuram , isyarat telefon bimbit anda akan semakin berkurangan dan kadang-kala terputus, kemudian wujud semula secara berselang-seli. 

Ini adalah kerana kadang-kala, sebahagian daripada gunung atau cenuram mungkin berada di antara anda dan menara sel yang terdekat, dengan ini ia "memotong" isyarat dengan begitu berkesan daripada mencapai telefon anda.

Tiada signal telefon bimbit dalam lif

tak ada signal telefon dalam lif

Lif biasanya terdiri diperbuat daripada kepingan logam yang tebal dan komponen elektrik yang mana tidak mudah untuk ditembusi oleh isyarat telefon bimbit.

Sudah tentu ia tidak mustahil untuk ditembusi, tetapi isyarat tersebut mestilah cukup kuat untuk melepasi gabungan bahan-bahan ini serta masih mempunyai baki kekuatan isyarat untuk sampai ke telefon bimbit anda. 

Di samping itu, lif biasanya terletak di bahagian tengah bangunan. Ia tidak sukar untuk mendapatkan isyarat telefon apabila anda berjalan di sekitar perimeter bangunan atau di pejabat yang dibina dengan dinding nipis (bukan logam).

tiada sambungan telefon dalam lif

Namun, lif adalah jenis tempat yang berbeza dan ketebalan dinding, bahan yang digunakan, dan lokasi di dalam bangunan semuanya bergabung lalu melemahkan apa-apa isyarat yang cuba untuk sampai ke telefon anda.

Anda mungkin mengalami perkara yang sama ketika cuba menggunakan telefon bimbit di ruangan yang tertutup sepenuhnya seperti parkir bawah tanah atau semasa memandu melalui terowong.

Penyelesaian

tiada signal telefon dalam terowong

Penyelesaian kepada masalah telefon bimbit hanya satu, iaitu anda perlukan signal yang lebih kuat. Itulah sebabnya telefon bimbit anda mungkin berfungsi dalam sesetengah lif sahaja.

Semakin dekat anda dengan menara yang menghantar isyarat, semakin besar kemungkinan anda menerima penerimaan walaupun di dalam lif.

Terdapat juga "penggalak isyarat" yang ada di pasaran yang mendakwa mampu meningkatkan keupayaan telefon bimbit anda untuk menerima isyarat.

Sama ada "penggalak isyarat" ini sebenarnya berfungsi masih dibincangkan.

Rujukan:

1. Techwalla

2. Hospitality

3. Aruba




Hakcipta iluminasi.com (2017)