Oleh pada 12 Sep 2018 kategori

Secara umumnya, darah manusia diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan darah seperti A, B, AB dan O. Seterusnya, setiap kumpulan darah ini juga terbahagi kepada dua iaitu positif (+) dan negatif (-).

Walau bagaimanapun, terdapat satu jenis kumpulan darah yang sangat jarang didengari. Malah, mungkin anda langsung tidak mengetahui kewujudan kumpulan darah ini sehinggalah anda membaca artikel kami ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kumpulan darah "rare" yang kami maksudkan ini adalah kumpulan darah h/h atau dikenali juga sebagai kumpulan darah Bombay. Kumpulan darah ini dikatakan sangat rare kerana hanya dapat ditemui dalam 4 daripada 1 juta orang di dunia.

Cara menentukan kumpulan darah manusia

jenis darah

Sekiranya anda hendak mengetahui kumpulan darah anda, sila ke klinik atau hospital berhampiran untuk membuat ujian darah. Adalah penting untuk mengetahui jenis darah anda kerana ianya sangat penting sewaktu kecemasan (contohnya kemalangan) kerana sesetengah jenis darah hanya boleh menerima darah daripada kumpulan darah tertentu sahaja.

Secara umumnya, terdapa 2 jenis antigen, iaitu antigen A dan antigen B. Sel darah merah yang hanya mempunyai antigen A sahaja dikenali sebagai kumpulan darah A sementara sel darah merah yang mempunyai antigen B sahaja dikenali sebagai kumpulan darah B.

Sementara itu, sekiranya terdapat kedua-dua antigen A dan B pada sel darah tersebut, bermakna seseorang itu mempunyai kumpulan darah AB. Bagi yang tidak mempunyai kedua-dua antigen ini, darah tersebut diklasifikasikan sebagai kumpulan darah O.

Sejarah penemuan darah jenis h/h (kumpulan darah Bombay)

derma darah 545

Segalanya bermula pada tahun 1952 apabila sekumpulan doktor seramai 3 orang menerima seorang pesakit di K.E.M Hospital di India, Apabila dibuat ujian darah, mereka pelik kerana darah pesakit tersebut tidak menyamai mana-mana darah daripada kumpulan A, B, AB mahupun O.

Selain antigen A dan B, secara umumnya setiap darah manusia juga mempunyai antigen H. Bagi pesakit ini, uniknya, tidak mempunyai ketiga-tiga antigen A, B dan H ini. Ini menyebabkan beliau tidak boleh menerima darah yang mengandungi antigen A, B dan H.

Setelah membuat ujian darah terhadap 160 sampel darah, doktor akhirnya berjaya menemui seorang penderma darah yang mempunyai darah yang sesuai untuk didermakan kepada pesakit ini. Disebabkan penderma darah ini berasal dari Bombay (kini dikenali sebagai Mumbai), maka jenis darah yang sukar ditemui ini diberi nama kumpulan darah Bombay.

sampel darah

Karakteristik kumpulan darah Bombay ini juga unik. Seseorang yang mempunyai kumpulan darah ini boleh mendermakan darahnya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kumpulan darah berlainan tetapi hanya boleh menerima darah dari kumpulan Bombay sahaja.

Sementara itu, kerana ketiadaan antigen A dan B pada kumpulan darah Bombay, sampel darah Bombay sering disalah label sebagai kumpulan darah O. Bagi mengelakkan kesilapan seperti ini, kebiasaannya ujian tambahan akan dilakukan untuk menyemak sekiranya terdapat kewujudan antigen H dalam darah tersebut.

Menurut rekod juga, di India hanya terdapat 400 orang dengan kumpulan darah Bombay ini yang telah mendaftar sebagai penderma darah jenis ini. Sekiranya anda mempunyai kumpulan darah ini, pastikan anda telah mengenalpasti individu-individu yang mampu mendermakan darah kepada anda terutamanya pada waktu kecemasan.

Kredit:

  1. Quora
  2. National Center for Biotechnology Information (US)



Hakcipta iluminasi.com (2017)