Kanser merupakan antara pembunuh utama manusia pada zaman kini. Dengan peningkatan penghidap kanser di seluruh dunia, ia semakin membimbangkan. Maka tidak hairanlah banyak organisasi seluruh dunia telah melaburkan berjuta-juta ringgit untuk membuat penyelidikan mengenai kanser.

Antara penyedikan yang dibuat termasuklah mengenai simptom, pengesanan awal dan juga cara mengubatinya. Terbaru, sepasukan saintis daripada John Hopkins University telah berjaya menjalankan ujian darah untuk mengesan tanda-tanda kanser melalui DNA darah. Ianya satu bentuk penemuan yang membanggakan dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan ujian saringan bagi mengesan tanda-tanda awal kanser pada seseorang yang masih kelihatan sihat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam ujian darah tersebut, kumpulan tersebut dapat mengenalpasti perbezaan antara DNA yang terdapat pada tumor dan juga pada darah yang selalu disalahtafsir sebagai kanser. Kajian ini membuktikan bahawa usaha mengesan perubahan DNA pada darah boleh dilakukan dan penggunaan teknik dipanggil high-accuracy sequencing method dipercayai mampu mencapai objektif kajian ini.

sel kanser

Dalam kajian ini, sampel darah dan tisu tumor daripada 200 orang pesakit yang dikenalpasti mempunyai kanser pada tahap berlainan telah diambil daripada pesakit dari Denmark, Amerika Syarikat dan Belanda. Hasil daripada kajian ini telah dimuatkan dalam jurnal Science Translational Medicine.

Victor Velculescu, seorang professor oncology di Johns Hopkins Kimmel Cancer Center berkata, antara golongan yang mendapat manfaat daripada kemampuan untuk mengesan kanser daripada sampel darah ini adalah mereka yang sihat tetapi berisiko tinggi untuk menghidap kanser. Golongan ini termasuklah mereka yang menghisap rokok.

Mengikut Velculescu, antara halangan utama kumpulan penyelidik ini adalah untuk membuat satu uji kaji darah yang dapat menjangkakan kemungkinan kehadiran kanser tanpa mengetahui mutasi genetik yang ada ada ketumbuhan seseorang itu. Selain itu, mereka juga perlu mengurangkan kemungkinan keputusan "false positif" yang boleh menyebabkan seseorang itu menjalani rawatan yang tidak diperlukan.

pesakit kanser 991

Dalam merekabentuk ujian darah ini, Velculescu dan pasukannya mendapatkan sampel darah pesakit kanser dan saringan mutasi dilakukan terhadap 58 genes yang ada kaitan rapat dengan penyakit kanser. Secara keseluruhannya, mereka berjaya mengesan 62% pesakit kanser tahap 1 dan 2. Untuk tahap 3 dan 4, mereka berjaya mengesannya pada tahap keberkesanan antara 46% dan 93%. Menariknya, tiada keputusan "false positif" direkodkan.

Walaupun keputusan ujian darah tersebut amat meyakinkan, ianya masih perlu diujikaji terhadap kumpul sampel yang lebih besar. Diharapkan lebih banyak hasil positif dapat diperolehi daripada kajian ini agar kes kematian akibat kanser dapat dikurangkan.

Kredit: John Hopkins University




Hakcipta iluminasi.com (2017)