gambar lelaki bertudung sekadar hiasan

Kami tidak tahu mahu gelak atau mahu menangis. Selama ini anda pasti beranggapan yang anda adalah seorang yang normal, sekiranya anda hanya mempunyai kecenderungan atau tarikan seksual kepada jantina lain tetapi menurut sains (ya! menurut sains!) - kita semua sebenarnya tidak lah senormal yang kita sangkakan.

Kajian daripada Cornell University, sebuah pusat pengajian yang berprestij yang kerap berada pada kedudukan 20 universiti terbaik dunia setiap tahun mengatakan semua manusia, seperti penulis, anda, mak anda, ayah anda, nenek anda, atuk anda dan semua orang lah termasuklah makcik kantin mempunyai keinginan seksual ke atas individu lain yang sama jantina dengannnya.

Ini bermakna - semua orang walaupun dikatakan 'normal' atau 'lurus', menyimpan perasaan biseksual terhadap individu sama jantina.

Kajian dengan menggunakan pornografi

suami gila porno

Penyelidik menggunakan siri-siri video porno yang akan ditayangkan kepada peserta kajian bagi mendapatkan reaksi mereka, sama ada wujud rasa berahi semasa menonton video porno tersebut. Kesemua peserta kajian, tak kiralah lelaki atau wanita ditayangkan porno yang melibatkan kedua-dua jantina dan saiz anak mata mereka akan diukur dengan kamera khas.

Sekiranya didapati berlaku perubahan pada saiz anak mata mereka, itu menandakan berlakunya rangsangan berahi pada peserta yang sedang diuji. Kami sudah melaporkan dalam salah satu artikel kami berkenaan kajian serupa ini yang dijalankan oleh kerajaan Kanada pada era 1950-an bagi mengesan penjawat awam yang gay.

Kajian yang dilakukan ini sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan jawapan adalah definisi seksual yang kerap kali digunakan masyarakat ketika ini bersifat terlalu tegas sehingga gagal untuk mengenalpasti kecenderungan sebenar seksualiti setiap individu.

Penyelidik juga cuba membuktikan wujud perasaan biseksual dalam setiap individu, khasnya golongan lelaki yang acap kali sedar mereka mempunyai perasaan sedemikian, tetapi tidak mahu mengakui mereka ada rasa sebegitu.

Hasil kajian mendapati bagi kaum wanita, majoriti peserta kajian mengalami rasa ghairah selepas ditayangkan video porno lelaki dengan wanita dan juga wanita dengan wanita.

Sementara bagi peserta lelaki pula, majoriti peserta kajian yang mengaku diri mereka 'straight' tetap juga merasa ghairah melihat aktor porno melakukan onani keseorangan, membuktikan tarikan seksual itu wujud dalam lelaki 'straight.'

Penyelidik mahu definisi seksualiti dipelbagaikan

ellen page lesbian

Ketua penyelidik, Rich Savin Williams berpendapat sudah tiba masanya masyarakat dunia mengubah pandangan kita terhadap jangkaan atau sifat-sifat seksualiti seseorang yang telah diguna pakai selama ini. Individu-individu zaman sekarang perlu diberikan ruang agar kita tidak lagi takut mengakui dengan jantina mana kita ada rasa tarikan seksual.

Bagi kaum wanita, menurut beliau - masyarakat dilihat sudah menerima yang wanita lurus lebih terbuka untuk cuba menerima pasangan sama jantina sekiranya dia merasakan wanita itu sesuai.

Namun lain pula kisahnya untuk lelaki. Bagi kaum lelaki, ramai yang ditakut-takutkan dengan pelbagai stigma serta tanggapan masyarakat sehingga tidak ramai yang berani mengakui mereka ada tarikan seksual kepada kaum sejenis.

Beliau menggesa lebih banyak kajian serupa dijalankan bagi membantu masyarakat belajar menerima yang kecenderungan seksual bukanlah sesuatu yang perlu dikawal, tetapi perlu dianggap sebagai sesuatu yang bebas dan boleh berubah-ubah.

justi bieber gay

Kajian lebih awal yang dijalankan oleh Dr. Lisa Diamond daripada Jabatan Psikologi, University of Utah mendedahkan berkenaan kecenderungan seksualiti wanita dikatakan mampu berubah-ubah mengikut keadaan, sepanjang hidup mereka. Kecenderungan yang berubah-ubah ini tidak berjaya diberikan definisi yang tetap, jadi kebiasaannya diletakkan sebagai perasaan keliru, sedang transisi atau hanya sekadar bereksperimen.

Dr. Diamond mencadangkan idea kecenderungan seksualiti wanita yang berubah-ubah tidak lagi diletakkan dalam kategori tersebut serta memperbanyakkan lagi spektrum seksualiti seseorang berbanding heteroseksual dan homoseksual sahaja.

Dua kajian yang dijalankan ini berjaya menunjukkan yang setiap individu tidak boleh diletakkan ke dalam kelompok heteroseksual yakni normal atau homoseksual semata-mata, kerana wujud individu-individu yang normal tetapi mempunyai keinginan seksual terpendam terhadap individu lain sama jantina mereka.

Oleh sebab itulah mereka mencadangkan supaya orang ramai tidak lagi takut untuk mengakui yang kita semua biseksual.

Hah! Siapa nak mengaku dia biseksual, angkat tangan!




Hakcipta iluminasi.com (2017)