sejarah samurai jepun

Jepun sememangnya sebuah negara yang kaya dengan budaya dan sejarah yang tersendiri. Dalam sejarah Jepun, golongan Samurai diangkap sebagai pahlawan yang cekap dan merupakan anggota tentera kasta tinggi dalam pemerintahan feudal di Jepun pada suatu masa dahulu.

Ketika zaman kemuncaknya, kira-kira 10% daripada populasi Jepun terdiri daripada golongan Samurai. Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa fakta ringkas dan menarik mengenai golongan Samurai ini. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Katana dan maruah

pedang samurai 697

Samurai sememangnya terkenal dengan imej katana, iaitu sejenis pedang melengkung yang digunakannya. Katana merupakan antara pedang paling popular di dunia dan merupakan simbolik bagi samurai. Mengikut Bushido, iaitu kod etika Samurai, maruah seseorang Samurai itu terletak pada Katana yang dibawanya. Selain itu, seseorang Samurai juga biasanya membawa Daisho, iaitu sebuah pisau kecil.

Bagi menyerang musuh dari jarak jauh, busur dan lembing juga biasa digunakan. Setelah senjata api mula dicipta pada abad ke 16, golongan Samurai mula menggunakan senapang (tanegashima) dan juga meriam bagi menyerang musuh daripada jarak jauh.

2. Perisai Darth Vader

perisai samurai

Imej seseorang Samurai itu juga dapat dikenali daripada perisai yang dipakainya. Walaupun perisai ini kelihatan agak pelik, ianya direka agar memudahkan pergerakan seseorang Samurai itu. Ini sama sekali berbeza dengan perisai yang dipakai oleh golongan kesatria barat yang lebih berat.

Perisai Samurai ini biasanya dicipta daripada kepingan besi yang dicamtumkan dengan lapisan kulit atau kain sutera. Bahagian helmet perisai ini yang dikenali sebagai kabuto pula berfungsi menangkis serangan anak panah dan pedang daripada pelbagai arah. Tahukah anda bahawa rekabentuk helmet yang dipakai oleh karakter Darth Vader dalam filem Star Wars mengambil inspirasi daripada helmet Kabuto yang dipakai oleh Samurai in.

3. Kod etika Bushido 

bushido

Bushido adalah kod etika dan peraturan yang mesti diamalkan oleh seseorang samurai. Bushido menekankan kepentingan mempunyai disiplin, kesetiaan, pengorbanan dan maruah diri. Konsep Bushido ini dikatakan lahir dari zamana Neo-Konfusianisme lagi.

Peraturan dalam Bushido berubah mengikut peredaran zaman berdasarkan kesesuaian cara hidup masyarakat pada zaman tersebut. Ianya dikatan masih lagi digunakan dalam peraturan sosial masyarakat Jepun pada zaman kini.

4. Samurai dikalangan wanita

samurai wanita

Pahlawan samurai sememangnya sinonim dengan golongan lelaki. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa wanita juga boleh menjadi seorang samurai? Mereka ini dikenali sebagai “Onna-Bugeisha” dan mereka akan turut sama menyertai peperangan.

Senjata utama meraka adalah lembing yang dikenali sebagai naginata. Kerana tidak banyak tulisan sejarah yang menceritakan peranan golongan wanita sebagai seorang samurai, maka ramai orang beranggapan bahawa golongan Onna-Bugeisha hanyalah golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ujian DNA yang dilakukan terhadap mayat-mayat yang ditemui di tempat berlakunya Peperangan Senbon Matsubaru pada tahun 1580 menemukan bahawa 35 mayat daripada 105 yang dijumpai adalah terdiri daripada wanita, menunjukkan golongan ini juga ramai dan memainkan peranan penting dalam peperangan.

5. Kebanyakan berbadan kecil    

fizikal tubuh badan samurai

Perisai yang dipakai oleh seseorang Samurai menjadikan mereka kelihatan mempunyai fizikal tubuh badan yang besar. Walau bagaimanapun, sebenarnya golongan Samurai ini mempunyai tubuh badan bersaiz kecil sama seperti kebanyakan saiz badan orang Jepun yang lain.

Pada abad ke 16, seseorang Samurai itu secara puratanya mempunyai ketinggian 160 - 165 cm. Sebagai perbandingan, pahlawan kesatria Eropah pada zaman tersebut mempunyai purata ketinggian 180 hingga 196 cm.

Kredit:

  1. History.com
  2. WikiPedia
  3. Softschools



Hakcipta iluminasi.com (2017)